Mar 17, 2011

Oreo Cheese Cake

Ain Fajar | 8:52 AM | 4Comments |
Assalamualaikum..
oreo cheese cake ni dah lama saya buat masa beday uyun (adik ipar saya) tak sempat nak post ni tengah ada kesempatan saya nak kongsi dan sambil2 cuci mata...mcm tulah kejadian kek saya yg telah di potong..tak deco cantik2 pun sekadar letak biskut oreo di sekeliling kek dan 4 kuntum bunga ros serta daun..
haa nampak tak bunga ros putih yg tertonggok sekumtum tu..saya buat dari cream biskut oreo..rasa sayang nak buang nak makan terlalu manis tak tertelan pulak..bila tengok cream biskut berlonggok terus terfikir untuk di jadikan bunga ros..so itulah hasilnya..tak bape cantik tapi boleh laaaa ada juga rhope bunga ros kan kan kan..
ok jom skodeng resepi..byk sumber saya untuk buat oreo cheese cake ni...boleh di katekan setiap blog masakan ada buat kek ni...saya gabungkan resepi dan kaedah pastu jadikan satu..jom tengok!!

Bahan-bahannya : )
Bahan A
200 grm biskut oreo (tanpa creamnya)
3 s/b gula perang
130 gm butter

Bahan B
500 gm cream cheese
3 biji telur
3 s/b tepung jagung
150 gm gula kastor
100ml susu cair
sedikit chocolate rise

cara-caranya : )
untuk bahan A
  • cairkan butter ketepikan..
  • hancurkan biskut dan campurkan butter dan gula perang..
  • masukkan ke dalam loyang dan tekan2 hingga ianya padat..bakar 5 minit..
untuk bahan B
  • pukul cream cheese dan gula hingga kembang..
  • masukkan telur satu persatu pukul hingga kembang dan gebu.
  • masukkan susu cair dan tepung jagung pukul lagi hingga sebati.
  • masukkan chocolate rise gaul rata guna tangan (nak letak serbuk biskut oreo pun boleh)
  • masukkan adunan cheese ke dalam loyang yang ada lapisan biskut tadi dan bakar selama 40-45 minit
  • saya bakar dengan kaedah water bath dan tutup loyang dengan aluminium foil.(letak air dalam dulang dan letak loyang dalam dulang dan bakar)
  • bila sejuk simpan dalam peti ais semalaman untuk mendapatkan kek ces yang sedap.

4 comments:

  1. yin gune loyang brape inci? aku nak cube resepi ko pulak.. lain sikit dari yg aku punye.. hehehe (ebat x aku speaking smenanjung)

    ** wink..wink... kredit untuk bunga ros 2.. aku aritu buang.. sayang nya..

    ReplyDelete
  2. uih!!dah mcm org KL je ckpnya hihihi
    xpasti la sar, tapi ku guna lapik kek 9inci muat2 je.
    lepas ni cream biskut tu leh buat bunga k
    p/s : klu nak sedap susu cair tu 2kar dgn whiping cream..aku jimat kos hhehe

    ReplyDelete
  3. ok bah.. tq untuk tipz tu...

    yg tu gambar.. edible image ka?

    ReplyDelete
  4. yer gmbr tu edible..mn la ku pandai melukis..beli n tampal jak hihihi

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...