Mar 17, 2011

Burger Malaysia

Ain Fajar | 10:29 PM | 1Comments |
Assaalamualaikum..
salam hari juumaat..hari ni saya buat sarapan burger malaysia..hahaha ada yg tau dan myb ada yg tak tau kan..kuih ni antara menu mak cik2 kantin sekolah...arwah mak saya pun tiap hari buat kuih ni dulu..sejak saya kecik2 lagi my mom dah buat kuih ni..masa saya kecik sebesar c kakak my mom anta kuih kat kantin sekolah, bla saya dah sekolah menengah baru dia tander kantin sendiri..rezki niaga kat kantin la yg membesarkan kami adik beradik..jom kita tengok mcm mn org malaysia buat burger hehehe
haaa inilah rupa kuihnyer..org panggil burger malaysia tak tau lah kenapa, ada juga yg panggil donut goreng..myb intinya sambal ikan bilis so org ubah namanya..resepi ni juga kita boleh buat donat goreng yg intinya kacang merah..
 Burger Malaysia.
sumber :  k.maz dr ilhamdapur

Bahana-bahannya : )
1/2 cawan air suam
2 cawan tepung gandum
2 sk yis kering
3 sb susu tepung (susu c kakak menjadi mangsa ibunya)
2 sb mentega cair
1 sb gula
1/4 sk garam.

Cara-caranya : )
  • campurkan yis, gula dan air suam kacau rata kemudian biarkan seketika. masukkan mentega cair.
  • gaulkan tepung, susu tepung dan garam. 
  • kemuadian masukkan air yis tadi kedalam tepung
  • uli adunan hingga menjadi doh yang licin dan lembut. (saya guna tangan je), kalau melekat kat tangan sapu tangan dengan tepung jangan tamabah tepung lagi
  • biarkan doh 30 minit..kemuadian tumbuk2 sedikit.
  • bulat2kan dan tekap menggunakan muka gelas untuk dapatkan bentuk yang cantik.
  • biarkan seketika dalam masa 15minit..bila kita angkat, doh tu ringan je..
  • boleh di goreng dengan api yang perlahan..sentiasa di balik2 kan untuk mendapatkan warna kuih yang sekata dan cantik.
  • apabila sudah kuning angkat dan toskan
  • belah kuih di tengah2 tapi jangan putus. letak inti sambal ikan bilis..
  • sedia dihidangkan..mmmmm mmg sedap, lembut dan mengeyangkan..lagi2 minum dengan teh strawberry

selamat mencuba!!!
resepi sambal di n3 seterusnya..



1 comment:

  1. hahaha.. kesian c kakak.. terpaksa mnderma lagi..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...