Jan 31, 2013

Tart telur

Ain Fajar | 7:14 PM | 3Comments |
Assalamualaikum.

Tart telur percubaan ke dua saya, sebelum nie saya pernah buat resepi dari rahel..tapi kali nie saya mencuba resepi yang saya jumpa di myresipi sebab penggunaan telr yang sedikit, jadi saya fikir rasa telurnya mesti tak terasa..ternyata bila saya mencubanya dan rasa..walaweh!!memang sedap tak trasa hanyir telur..memang menepati citarasa saya..kalau saya nak makan tart telur semestinya resepi yang nie saya guna..

saya buat setengah adunan, saje nak mencuba, al-maklumla kan saya bukan penggemar tart telur, cheese tart suke la..jadi kalau buat banyak2 nanti sape pulak yang nak makan..tak sangka sedap..rugi buat setengah aduanan, lepas ni buat seadunan, puas hati dapat makan bayak sikit..nak buat berulang kali tu penyakit M selalu datang..huhu..

ok, meh tengok resepi..senang je nak buat, cepat..kalau ade tetamu yang sejam lagi nak datang boleh la buat tart telur nie untuk hidangan tetamu yang datang.

 Sumber :hanis@myresipi.com  

Bahan-bahan ( 30 keping )

  • PASTRY
  • 200g butter
  • 80g gula aising
  • 360g superfine flour
  • 1biji telur
  • 1/2 sudu kecil esen vanila
  • FILLING :
  • 1 cawan susu cair
  • 4 biji telur
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air
  • 1 sudu besar tepung kastard
  • 1/2 sudu kecil esen vanila
  • pewarna kuning

Cara-cara

  1. Pukul butter dan gula sampai kembang.
  2. Masukkan telur sedikit demi sedikit.
  3. Masukkan tepung sampai jadi doh.
  4. Ratakan setebal 1/2 cm dan terap dalam acuan.
  5. Cucuk dengan garfu supaya tidak kembung. Dan bakar selama 10min pada suhu 180.
  6. Keluarkan dan masukkan filling. Bakar lagi 10 min.
  7. Untuk filling. Campurkan semua bahan dan gaul hingga sebati.
selamat mencuba.

donut bakar

Ain Fajar | 6:56 PM | 0Comments |
Assalamualaikum.

Donut bakar, satu kelainan bagi saya, bila saya jumpa resepi nie di myresepi saya terus copy dan terus buat..donut nie kalau baru bakar sedap je,lemak susunya terasa dan lembut di dalam dan rangup di luar..tapi bila dah sejuk agak keras..jadi mungkin kena tambah bahan pelembut bagi mengkalkan kelembutannya macam roti..insya allah akan saya try lagi dan tambah dengan bahan pelembut..


ok, terus tengok pada resepi je lah yer..masa sangat mencemburui saya..hehe, saya copy paste je lah.


bahan-bahannya:

Bahan-bahan ( lebih kurang 30 keping )

  • 500 g tepung roti
  • 100 g gula halus
  • 1/2 cawan susu tepung
  • 2 sk yis segera (mauripan)
  • 75 g mentega/majerin - lembut
  • 3 biji kuning telur
  • 225 ml air hangat ( 1 cwn + 2 sb)
  • minyak masak untuk goreng terendam

Cara-cara

  1. Campurkan kesemua bahan kecuali minyak masak dan pukul hingga sebati dan doh tak melekat pada mangkuk pengadun.
  2. Tutup dan rehatkan adunan hingga kembang 2 kali ganda lebih kurang 40-45 min.
  3. Kempiskan doh,canai dan terap dengan penerap donut.
  4. Panaskan minyak dan goreng donut hingga kekuningan dengan api sederhana panas.
  5. Angkat donut dan toskan di atas kertas serap minyak,sejukkan.
  6. Salutkan donut dengan gula halus/serbuk dan boleh dihidangkan.
  7. Untuk membuat donut bakar...selepas step (2) doh dikempiskan,ambil sedikit doh, bulat2kan dan bubuh di dalam mangkuk kertas/muffin dan rehatkan sebentar hingga kembang.Sapu sedikit kuning atau putih telur dan taburkan gula halus dan bakar di dalam oven hingga keperangan. 
  8. nak toping macam mana pun ikut suke la yer..
selamat mencuba..

kuih lapis pandan coklat

Ain Fajar | 6:42 PM | 0Comments |

Assalamualaikum

 
Kali nie saya nak syer resepi kuih lapis yang sedap sangat, satu kelainan dan ianya boleh di terima umum..saya buat jualan kuih lapis coklat pandan ni tau, belum pernah tak habis lagi..memang ada sambutan..biasanya kalau saya buat kuih yang baru macam nie memang orang takut nak beli tapi kuih lapis yang nie memang habis je..saya nak ucap terima kasih pada k.yatie sebab beliau sudi syer resepi nie..rezki yang saya dapat nie mengalirlah pahala pada penyumbang resepi nie..insya allah..

saya syer kan kat sini bagi yang teringin nak mencuba kuih yang menampilkan sedikit kelainan..sekali buat terus menjadi..kejadiannya sangat cantik sedang elok je, tak lembik dan tak keras..memang sedap.

sumber: k.yatie


Bahan-bahan (loyang 8 inci)

Bahan A
  • 2 cwn tepung beras
  • 1 cwn tepung gandum
  • 2 sudu besar tpng jagung
  • 1 sk garam
  • 2 cwn santan pekat
Bahan B
  • 1 1/4 cwn gula pasir
  • 1 cwn santan pekat
  • 2 cwn santan cair
  • 2 helai daun pandan-di simpul
Bahan C
  • 3 sb rata serbuk koko*
  • 4 sb air suam utk bancuh koko*(di gaul rata, saya guna 1 sb coklat emulco je)
  • pewarna hijau, perisa pandan
Cara-cara.
  1. Masak bahan B hingga gula larut, biarkan suam sedikit.
  2. Sementara itu satukan kesemua bahan A di dlm mangkuk dan gaul rata, ketepikan dulu.
  3. Masukkan bahan B kedlm bahan A dan gaul rata, kemudian tapiskan.
  4. Bahagikan pada 2 bahagian.Satu bahagian letak pewarna hijau/perisa pandan dan satu lagi letak bancuhan koko/coklat emulco.
  5. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dngn kain.
  6. Sementara itu sapukan minyak di keliling loyang dan alas dngn plastik di dasarnya.
  7. Apabila air dah mendidih,letak loyang tadi dan panaskan sebentar.
  8. Masukkan adunan koko 1 cwn dan kukus selama 5 minit.
  9. Setelah itu lapis pula adunan hijau selama 5 minit juga dan seterusnya sehingga habis adunan.
  10. Lapisan akhir sekali kukus selama 20 minit. Bila dah siap, angkat dan sejukkan.
  11. Kuih benar2 sejuk barulah cantik di potong. Gunakan pisau plastik ya supaya licin potongannya. Selamat Mencuba.

antara kuih muih yang di oder dan di jual.

selamat mencuba!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...