Jan 31, 2013

donut bakar

Ain Fajar | 6:56 PM | 0Comments |
Assalamualaikum.

Donut bakar, satu kelainan bagi saya, bila saya jumpa resepi nie di myresepi saya terus copy dan terus buat..donut nie kalau baru bakar sedap je,lemak susunya terasa dan lembut di dalam dan rangup di luar..tapi bila dah sejuk agak keras..jadi mungkin kena tambah bahan pelembut bagi mengkalkan kelembutannya macam roti..insya allah akan saya try lagi dan tambah dengan bahan pelembut..


ok, terus tengok pada resepi je lah yer..masa sangat mencemburui saya..hehe, saya copy paste je lah.


bahan-bahannya:

Bahan-bahan ( lebih kurang 30 keping )

  • 500 g tepung roti
  • 100 g gula halus
  • 1/2 cawan susu tepung
  • 2 sk yis segera (mauripan)
  • 75 g mentega/majerin - lembut
  • 3 biji kuning telur
  • 225 ml air hangat ( 1 cwn + 2 sb)
  • minyak masak untuk goreng terendam

Cara-cara

  1. Campurkan kesemua bahan kecuali minyak masak dan pukul hingga sebati dan doh tak melekat pada mangkuk pengadun.
  2. Tutup dan rehatkan adunan hingga kembang 2 kali ganda lebih kurang 40-45 min.
  3. Kempiskan doh,canai dan terap dengan penerap donut.
  4. Panaskan minyak dan goreng donut hingga kekuningan dengan api sederhana panas.
  5. Angkat donut dan toskan di atas kertas serap minyak,sejukkan.
  6. Salutkan donut dengan gula halus/serbuk dan boleh dihidangkan.
  7. Untuk membuat donut bakar...selepas step (2) doh dikempiskan,ambil sedikit doh, bulat2kan dan bubuh di dalam mangkuk kertas/muffin dan rehatkan sebentar hingga kembang.Sapu sedikit kuning atau putih telur dan taburkan gula halus dan bakar di dalam oven hingga keperangan. 
  8. nak toping macam mana pun ikut suke la yer..
selamat mencuba..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...