Jul 24, 2012

apam comel

Ain Fajar | 8:13 AM | 0Comments |
assalamualaikum..
semalam merupakan giliran saya kena bawa kuih muih ke masjid untuk more..dalam keadaan badan yang masih letih semalaman tido dalam kereta, 8jam perjalan dari kampung ke Terengganu, pagi2 lagi tuan rumah bagi tau yang saya kena sediakan kuih untuk more malam tu..adoi tak tau nak buat ape..bila tengok bahan yang ade kat dapur saya hanya boleh buat apam polkadot je, sebab nak kena buat dalam kuantiti yang banyak..tanpa fikir panjang lepas kemas2 rumah dan uruskan anak2 saya pun mengadunla bahan untuk membuat apam..dapat jugala 3 adunan dan hasilnya dapat dalam 200biji..ok la tu janji ade, nasib juga kongsi 4orang..pelbagai juga la kuih muih yang terhidang di masjid kampung santong..

jom layan gambar je la yer..resepi masih menggunakan resepi yang sama..cuma pcorak dan persembahan je yang berlainan.
xsempat nak snep gambar banyak2, da nak masuk waktu berbuke pun..

ape pun selamat berbuke kepada semua.

Bun sosej

Ain Fajar | 7:47 AM | 0Comments |
Assalamualaikum..
salam ramadhan buat semua pengunjung dapur Resepi kehidupan..sudah 4 hari umat islam menyambut bulan ramadhan yang mulia nie, rata-rate blogger masakan tayang menu berbuka masing2..tapi saya dah ketinggalan..tahun nie lama juga saya dikampung menguruskan pelbagai hal penting...jadi kesibukan melanda diri..bila da balik ke rumah amik mood nak tulis n3 nie makan masa, kesihatan juga tak mengizinkan..
N3 kali nie pun menu yang da lama saya buat, saya buat sebelum balik ke kampung minggu lepas, dah seminggu dah pun, bayang bun sosej ni pun da tak nampak..tinggal gambar je..suka saya nak syer kat sini sebab hasilnya agak memuaskan..
resepi bun sosej nie macam biasa saya guna bun mat gebu, saya guna respi yang dah tertulis kat buku..cara pintalan bun nie saya copy dari dapur rahel..rahel pernah buat bun sosej dan tunjuk step by step cara-cara pintalannya..tersangat la senang..tq ba rahel..

 saya nak rase kelainan sikit di dalam bun sosej, so saya gulungkan sekali slice cheese di dalamnya, bila makan tu rase lemak cheese..memang sedap, laju je makan lagi2 kalau time lapar2 kan..hehe

Bun sosej
sumber : Mad Gebu

Bahan-bahannya:
500 gm tepung roti
90 gm gula kastor
4 sudu besar susu tepung
1/2 sk garang
1 sk improver
1 sb softener
11 gm yis
2 biji telur
3 sudu butter
150-200 ml air
 sosej
slice cheese

cara-caranya:
  • campurkan semua bahan kecuali butter.
  • uli hingga doh sebati dan masukkan butter dan uli hingga elastik..(saya guna mesin cepat la sikit)
  • bulat2 kan dan rehatkan hingga doh naik 2 kali ganda.
  • buang angin doh roti dan canai dan gulung sosej dan slice cheese. rehatkan hingga roti kembang sekali lagi sebanyak 2 kali ganda.
  • sapu roti dengan telur yang telah dicampurkan dengan susu cair.
  • bakar pada suhu 180c hingga roti masak.
  • siap!!
selamat mencuba!!


Jul 18, 2012

Udang celup Tepung

Ain Fajar | 7:42 AM | 0Comments |
Assalamualaikum
lama tak bersiaran, brodband mengalami kerosakan..dah nazak dah, hampir 4tahun berkhidmat..minta tukar la tu...ni kat kmpung guna streamyx laju la sikit...tinggal beberapa hari je lagi bulan ramadhan akan muncul, tak sabar rasanya nak masuk bulan yang penuh dengan keberkatan dan mulia nie..sebelum kita menyambut bulan puasa nie, saya tayang udang celup tepung..boleh juga di jadikan juadah berbuka dan sahur nanti.

saya buat udang celup tepung atas permintaan anak dare saya yang sulung tu, kecik2 lagi dah pandai minta suruh masak itu ini..sebenarnya dia tak puas makan masa kami makan di kedai makan tempoh hari..tu la yang dia minta saya buat udang yang sama macam kami oder tu..alhamdulillah la menjadi juga..senang je nak buatnya.
sangat mudah nak buat udang celup tepung nie sesiapa pun boleh buat..tapi kadang tu tak menjadi comey gebus2 kan..saya sendiri tak ade sukatannya mcm mana, main agak2 je..saya menggunakan tepung goreng ayam segera dari jenama Bestari..memang sedap..buat ayam goreng tepung pun menjadi macam ayam segera yang beli kat kedai tu..
terus je ke cara-cara membuatnya, buang kulit dan kepala udang, tinggalkan bahagian ekornya dan bersihkan. ambil beberapa sudu tepung segera dan campurkan dengan sebiji telur, gaul hingga sebati, jika terlalu pekat campurkan 2 sudu air, gaul sebati. panaskan minyak, celupkan udang ke dalambancuhan tepung tadi dan goreng hingga masak atau kekuningan.. siap ! boleh dihidangkan.

sila la menjamu mata.


Jul 6, 2012

Blueberry cheese tart

Ain Fajar | 8:17 PM | 3Comments |
Assalamualaikum..
alhamdulillah saya masih berkesempatan untuk mengapdate dapur alam maya nie walau pun masa sangat cemburu dengan saya. terlalu bayank kerja yang harus dilakukan sampai rasenya masa 24jam tak cukup dalam sehari..saya curi sedikit masa ni untuk up date dengan post yang baru, jemu la kan bila orang datang dok tayang tart telur je..kali nie masih lagi tayang tart tapi filling atasnya saya ukar kepada cheese..saya buat cheese tart ni atas permintaan kawan saya..teringin katenya nak makan cheese tart..so saya pun buat la dan pos ke dia dengan perkhidmatan sky net..walau pun sangat mengecewakan dengan perkhidmatan yang sky net berikan tapi alhamdulillah la kawan saya masih dapat menikmati cheese tart tu..tapi mesti tart sheel nya dah lemau sebab bekas tapawer plastik tu pecah..sepatutnya boleh samapi dengan selamat tanpa sebarang pecah..tapi mesti tertindih2 dan dicampak je..benda tu pun ringan je..adoiyai..susah jg nak buat perniagaan makanan secara on9..kena ade satu packaging yang sempurna..saya belum jumpa packeging yang baik lagi buat masa nie..

ok lah panjang juga bercerita kat atas tu kan, tak juga keluar cheese tartnye..hehe jom!!!
nie lah rupa paras blueberry cheese tart..saya buat saiz yang kecil je..sebesar duit 50sen..suke buat saiz yang macam  ie, bila makan sebiji tak la terase muak..klu buat besar2 rase susahnya nak habiskan sebiji..tak kan la nak simpan separuh dalam bekas tak elok la pulak..kalau buat saiz kecil makan sebiji compom2 habis dan amik lagi dan lagi dan lagi..saya nie sebenarnya tak suka dengan cheese, tapi bila cheese tart  nie 3 4 biji sekali haring je..sedap sangat tak muak sebab saya letak bluberry filling kat dalam bawah cheese..bila makan2 lemak2 cheese di campur dengan masam manis blueberry memang sepadan dan tak muak kalau makan banyak..
close up sikit bahagian dalam, saya panggil inti blueberry..sangat sesuai kombinasi rase kedua2nya yang berbeza..kira sepadan la..serasi bersama..

saya masih lagi menggunakan resepi tart yang sama seperti sebelum nie..resepi yang saya copy dari dapur k.hasue..memang tart sheel nya rangup yang boleh bertahan 2 hari..tapi kan klu kerangupan tart sheel nya sudah hilang ianya masih sedap di nikmati..lagi2 bila sejuk..memang sedap..
nak tengok resepi klik sini
saya buat sikit unti chocolate dan draw dengan cheese mocha, sedap juga..kira anta semua boleh try macam inti n filling dengan menggunakan resepi yang sama..
ok itu je, malas nak taip resepi xsempat dah nak ngadap lapy lama2..

selamat mencuba!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...