Sep 8, 2012

Bihun goreng see food

Ain Fajar | 10:33 AM | 3Comments |
Assalamualaikum.
n3 resepi kali nie, pembukaan selepas raye..bihun goreng see food nie saya buat untuk kawan en.abg yg buat open house tempoh hari. kiranya tempahan yang paling banyak yang pernah saya terima. sebelum nie saya belum pernah masak untuk 50 orang, paling ramai pun 20orang. satu pengalaman yang baru dan saya agak teruja, walaupun dalam masa yang sama saya gementar. tapi saya buat juga untuk cabaran diri sendiri.

ni saya asingkan untuk jiran yang berpuasa ari tersebut.
ade ke yang resepi??kalau ade boleh la tengok2 resepinya. tapi saya beri sukatan yang kecil. saya pun masak main camak2 je, rase agak2 sedap terus roger..

bahan-bahannya :
1/2 bungkus bihun
20 tangkai cili kering
3 sb kicap pekat
3 sb sos tiram
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
gula
garam
bahan perasa
100 gm udang
100gm sotong
100gm isi ayam
1 pokok sawi
20 sen tauge
sedikit kobis
fish ball
fish cake

hiasan:
telur hancur
daun sup

caranya: tumis cili kering, bawang meeah dan bawang putih yang telah di bleand.
masukkan gula, garam, bahan perasa, sos tiram, kicap pekat dan isi ayam. masak hingga cili masak atau pecah minyak.
masukkan udang, sotong, dan bihun.
apabila bihun sudah lembut masukkan sayuran, fish ball dan fish cake.
kacau rata dan tabur telur hancur dan daun sup.

sedia di hidangkan untuk tetamu yang hadir.

semoga mereka berselera menjamu bihun yang saya masak ni..takut juga..bila tengok bihun tu dapat sambutan alhamdulillah syukur.terima kasih kepada cik Yana sebab percayakan saya untuk memasak untuk jamuan raya nya. ada satu lagi menu yang saya masakuntuk yana iaitu nasi jagung..nasi jagung tu N3 akan datang la yer..keadaan tidak mengizinkan untuk saya mengup date dapur ni setiap hari.
terima kasih kepada semua pengunjung.

Makan-makan

Ain Fajar | 9:07 AM | 1Comments |
Assalamualaikum.
Lama tak up date resepi, mood raye blum hilang..penat siapkan tempahan dan beraye belum hilang, nak rehat puas2...berehat bagi suri rumah macam saya nie bukan la tak buat ape2, masih lagi buat kerja2 rumah dan uruskan anak2..masak tetap kena masak..cuma kurang sikitla..syawal masih berbaki masing-masing mengambil kesempatan melakukan ibadah puasa enam..saya dan en.abg tak nak ketinggalan juga. tahun ni kami sama berpuasa enam, nikmatnya dan cabarannya ada sedikit berbeza, tapi tetap seronok..balik je dari kampung memang da rancang untuk berpuasa enam, tapi belum sempat kami sampai terengganu, abg sulung en.abg dah sampai Terengganu, kami menerima tetamu selama 2 malam, barang kat dapur memang licin la nak beli dah lewat pulak..en.abg pun oder je, makan je kat luar..hemm bestnye tak la penat berganda.
selepas famly abang yang sulung balik ganti pula abang en.abg yang ketiga..hhhmmm kalau tunggu tetamu datang memang tak habis la pulak nanti, bulan syawal pergi macam tu je..jadi kami ambil keputusan puasa je, lagi pun abang dan keluarganya ada destinasinya sendiri, waktu malam je mereka bertandang, so malam makan kat kedai je sambil memperkenalkan makan yang tip top di daerah dungun dan pake terengganu. 2hari berpuasa enam bebuke kat luar, jadi saya masih cuti masak..hari ketiga berpuasa, kami sibuk menguruskan urusan kerja en.abg.sekali en.abg belaja berbuka puasa..seronok lagi..hehe

Ahlan wasahlan,  petang tu kami berbuka dengan nasi arab, sesekali pekena nasi arab memang best tambahan dengan suasana persekitaran seperti restoren di negara arab. Restoren Al-safina yang terletak di pantai kijal, agak susah untuk mencari restoren ni sebab ianya berhampiran dengan laut dan jauh dari jalan besar..saya nak bagi tau details pun xtau, baru 1st datang ke tempat ni. kami lebih teruja bila nama restoren ni sama dengan fina (Syafina)..hehe

 sebelum masuk ke dalam restoren Al safina nie di site kanan dan kiri terdapat air pancuran dari teko Arab, yang mana airnya mengalir ke dalam cawan. di serikan lagi dengan buih2 dan lampu yang dari jauh nampak sangat cantik dan menarik. tu yang budak berdua tu sibuk nak bergambar kat air pancutan.

 Fina suke sangat kat tempat air pancutan tu, tak berganjak dia.

 sementaran menunggu makanan, kami bergambar dulu..dah macam kat negeri arab.
 kami memilih tempat duduk bersila di bawah, atas kusen sambil bersantai..memang relex..

nasi arab ayam madu yang kami pilih..sedap boleh menepati citarasa orang kitaramai yang kate nasi arab ni sedap, jadi kami ambil kesempatan merasanya, saya sendiri baru pertama kali makan nasi arab ni, so tak tau sedap ke tak, tapi bagi en.abg dah bayak kali dah, katenye basi arab yang diperap dan di masak bersama daging kambing lebih sedap. hhhmmm tahun depan ade rezki boleh la saya merasanya di hotel, tempat yg en.abg berbuka ramadhan yang lepas.
selain tu, kami memilih mix's kebab..ade ayam, kambing dan daging lembu yang dibakar. sedap dan boleh di terima.orang arab terkenal dengan daging kebab bakar, tu yang saya nak rase tu..lebih bayak bahan rempah yang di perap berbeza dengan kebab kita ade beberapa rempah dan sos. alhamdulillah 3 hari kami dapat selesaikan puasa enam.

keesokan harinya, kami sekeluarga ke kuantan pahang. En.abg ade urusan medical di KPJ atas urusan kerja. Dah lame en.abg nak bawa saya dan anak2 makan makanan jepun..makan makanan jepun ni bukan kali pertama bagi saya, tapi kali pertama saya makan di restoren jepun..biasanya orang belanja tapau je makan kat rumah..kali ni bila makan kat kedai makanan jepun lain perasaannya..memang syok la macam pegi jepun la pulak..kiki..restoren jepun yang kami pergi kat kuantan berada di EC Mall yang menamakan kedai tersebut dengan King sushi. saya tak ambil gambar la pula, c fina dah minta dukung mana la nak pegang camera atau hp. layan je lah gambar serba sedikit yang sempat di ambil.

 c kakak post dengan rambut barunya





Tersandar en.abg bila dah habiskan beberapa pinggan sushi.
hhhmmm tu je lah..kami makan sishi yang berjalan atas landasan dan ade saya oder set nasi.
hehe saje lah buat kenangan sebab pertama kalinya makan makanan negara lain.
ok lah byby sayonaraaaaa!!!





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...