Sep 8, 2012

Bihun goreng see food

Ain Fajar | 10:33 AM | 3Comments |
Assalamualaikum.
n3 resepi kali nie, pembukaan selepas raye..bihun goreng see food nie saya buat untuk kawan en.abg yg buat open house tempoh hari. kiranya tempahan yang paling banyak yang pernah saya terima. sebelum nie saya belum pernah masak untuk 50 orang, paling ramai pun 20orang. satu pengalaman yang baru dan saya agak teruja, walaupun dalam masa yang sama saya gementar. tapi saya buat juga untuk cabaran diri sendiri.

ni saya asingkan untuk jiran yang berpuasa ari tersebut.
ade ke yang resepi??kalau ade boleh la tengok2 resepinya. tapi saya beri sukatan yang kecil. saya pun masak main camak2 je, rase agak2 sedap terus roger..

bahan-bahannya :
1/2 bungkus bihun
20 tangkai cili kering
3 sb kicap pekat
3 sb sos tiram
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
gula
garam
bahan perasa
100 gm udang
100gm sotong
100gm isi ayam
1 pokok sawi
20 sen tauge
sedikit kobis
fish ball
fish cake

hiasan:
telur hancur
daun sup

caranya: tumis cili kering, bawang meeah dan bawang putih yang telah di bleand.
masukkan gula, garam, bahan perasa, sos tiram, kicap pekat dan isi ayam. masak hingga cili masak atau pecah minyak.
masukkan udang, sotong, dan bihun.
apabila bihun sudah lembut masukkan sayuran, fish ball dan fish cake.
kacau rata dan tabur telur hancur dan daun sup.

sedia di hidangkan untuk tetamu yang hadir.

semoga mereka berselera menjamu bihun yang saya masak ni..takut juga..bila tengok bihun tu dapat sambutan alhamdulillah syukur.terima kasih kepada cik Yana sebab percayakan saya untuk memasak untuk jamuan raya nya. ada satu lagi menu yang saya masakuntuk yana iaitu nasi jagung..nasi jagung tu N3 akan datang la yer..keadaan tidak mengizinkan untuk saya mengup date dapur ni setiap hari.
terima kasih kepada semua pengunjung.

3 comments:

  1. Assallamualaikum Ain..

    Ain, Naz suka sgt bihoon goreng.. Sedap dgn isi laut tu..Nyumm..

    ReplyDelete
  2. Sedapnya bee hon goreng ....suka mkn dengan sambal cili limau....

    ReplyDelete
  3. pasni lagi ramai la orang order kat ko.. ko rajin masak.. heheh..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...