Sep 22, 2012

Red valved cake

Ain Fajar | 1:09 AM | 0Comments |
Assalamualaikum.
salam, dah lama tak membakar kek, masa nak raye dah pening-pening lalat membakar kek lapis tempahan orang, baru semalam baru datangnya mood nak membaking..kek pertama yang saya cuba selepas syawal pergi meninggalkan kita..sebab kenapa saya memilih kek baldu merah nie..sebabnya adalah kerana dah lamaaaa saaaangat saya nak buat kek nie, tapi tak buat2..bila nak buat perkara yang pertama saya fikir, siapa yang nak menghabiskan kek ni..saya? huhu kurang suka makan kek terutama yang ade cheese..c kakak pun sama, en.abg dan c ina je yang suke..oleh kerana adik perempuan saya ade kat sini dan dia sangat suke kek yang ade cheese saya bersemangat nak buat..resepi red valvet ni dah lama saya simpan..

ok, inilah hasil pertama red valvet cake saya yang agak comot ...ramai yang dah cuba kek ni, dan ade yang dah pun buat duit poket .memang lumayan kalau pandai membaking..saya je yang ketinggalan tak buat2..haha tak pe la kan..sekarang dah pandai boleh la amik tempahan..cewwwah!!hahaha..kek ini juga sangat ramai peminatnya, majoriti mengatakan kek ini sedap sangat...saya sendiri tak pernah makan kek ni dengan cream cheese sekali..di sebabkan itu hati saya melonjak-lonjak untuk mencubanya..

Nak cerita sikit tetang pendapat saya tentang kek baldu merah ni..walaupun saya tak suke makan kek yang ade cheese tapi saya puji ianya memang sedap..lembut, lemak bercream, moist dan manis..tapi memang sedap..masa saya bakar kek ni baunya sedaaap sangat, memang tak sabar nak makan..kek ni makan tanpa cream cheese pn dah sedap..bagi syuhada, dia lebih suka tanpa cream..tapi adiknya suka sangat dyang berkrim..adik saya? hhhheeemmm mestila suke, tak makan nasi pun tak pe, tiap pagi buat sarapan..memang tak menyesal mencubanya..akan di buat lagi selepas ni, dengan persembahan yang lain.

selain buat sebiji besar 8inci, saya ambil sedikit buat cup cake..memang nice..dalam jar jer tak buat lagi..coming soon la..
meh saya nak syer resepi yang saya guna untuk mebuat kek ni semalam..saya copy dari blog planetmirra.


RESEPI KEK BALDU MERAH / RED VALVET CAKE
Sumber : planetmirra.blogspot.com
Resepi asal: Nani Rostam.

Bahan-bahannya:
{A} 250 gm tepung gandum
       1 sd teh baking powder
       1 sb serbuk koko
{B} 240 ml susu segar
       2 sb cuka
       2 sb pewarna merah
{C} 150gm butter
       100gm gula kastor
       200gm gula perang - sy guna 100 gm je
       2 biji telur
{D} 1sk soda bikarbonat
        2sk cuka

kaedah atau cara yang mudah dari mirra..kalau baru nak cuba sesuai la sangat ikut cara ni..jangan derhaka tau, kalau dah pandai atau tangan ajaib boleh la ikut suke hati je.hehe..

Lankah 1 : ayak bahan A, dan ketepikan.
Langkah 2: satukan bahan B kacau rata dan perap selama 10 minit. campurkan dengan 2 sb pewarna merah. ketepikan
Lankah 3: pukul butter dan gula hingga kembang, masukkan satu persatu telur dan pukul lagi hingga adunan berkrim.
Langkah 4: masukkan bahan A dan bahan B kedalam adunantelur secara berselang seli hingga habis. gaul rata.
langkah 5: satukan bahan D, bahan itu akan berbuih dan terus masukkan kedalam adunan dan gaul rata secara kaup balik hingga sebati.
Langkah 6 : masukkan adunan kedalam loyang yang di sapu minyak dan di lapik dengan kertas minya.
bakar pada suhu 180c selama 1jam.

Bahan krim cheese.
250gm cream cheese
30gm butter
1 sb vanila
1 sb susu segar
100gm gula aising.

caranya:

  • pukul semua bahan hingga ianya berkrim dan lembut.
  • apabila kek suah sejuk, boleh la hias kekmengikut kesukaan masing2.
  • saya telah memotong kepada 3 lapisan dan tiap lapisan saya lapiskan dengan cream cheese tadi dan saluti seluruh kek dengan cream cheese...dan saya hiaskan dengan serbuk dari kek.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...