Feb 28, 2012

Pop chicken

Ain Fajar | 7:02 AM | 1Comments |
Assalamualaikum..
 n3 malam ni saya post pop chicken..dah lama tak jumpa pop chicken sejak KFC stop pengeluaran menu ni...saya suka makan pop chiken ni sebab dia kecil2 je...cute2 gitu..sng nak makan..tapi dah tak dapat makan dah sekarang...tapi walau mcm mn sekali pun, kita mesti boleh makan juga..KFC tak buat tapi kita boleh buatnya sendiri...biasanya kalau masak ayam mesti bahagian dada tak laku..tapi ada jg yang suke bahagian dada ni tapi tidak dalam keluarga saya termasuk saya sendiri..beli ayam seekor mesti dapat banyak bahagian isi ayam yang bahgian dada..nak buat ape..kalau masak tak disentuh dan tak kan nak buang pulakkan..bayar tu..duit semua tu...so saya biasa la potong kecil2 goreng tepung buat mcm pop chicken baru lah laku..

saya tak sukat la bahan2 yang di gunakan..leh la agak2 kan rasenyer yer..bagi yang nak mencuba lah..

bahan-bahannya : 
isi ayam
tepung gandum + tepung jagung
tepung kentucky
telur
lada hitam
soa tiram
garam.

cara-caranya :
potong dadu isi ayam.
perap ayam bersama dgn lada hitam, garam dan sos tiram
celup ayam dengan tepung gandum; kemudian telur kemudian tepung kentucky, telur lagi dan tepung ketucky .
pastikan minyak betul2 panas.
pastu goreng hingga garing.

siap..
senang je cuma kena banyak celup sana sini berulang kali supaya rangup dan tebal mcm KFC buat..
haaa jap je dah abis..klu buat mcm ni mst laku..ratah pun sedap..

selamat mencuba!!
Ain Fajar | 4:29 AM | 0Comments |

Feb 27, 2012

Alphabat E

Ain Fajar | 6:06 PM | 0Comments |
Assalamualaikum.
di teruskan lagi huruf E..huruf E ni kakak selalu sebut A..namanya lebih kurang je..so dia keliru..tapi dia tau E untuk ape..mula2 lagi dah suruh lukis gambar gajah..awal pagi2 saya dah lukis siap2 gambar gajah ni..saya tiru gambar kat fb disney..so cute la cikit gajahnya..seronok la dorg mewarna..

c fina pun beria gak nih mewarna..cute punya pasal rajin plak dia kali ni...

inilah hasilnya
selain tu saya buat craf untuk setiap huruf besar dan kecil untuk mewakili perkataan yang bermula dari huruf E..E besar saya buat mcm bentuk gajah (elephant) dan e kecil buat bentuk telur yang telah menetas (egg)..sumber saya amik dari homeschool craf juga..
hasil kedua2 craf.

selain itu saya buat juga untuk membezakan huruf kecil dan besar.


ni lah hasil semua..yg gambar bear tu abaikan..sibuk dari hari tu c kakak suh lukis gambar bear n dia nak gn warne coklat muda tu..buat je lah..janji diam..time ni fina tido..nnt kalu dah dia bising adiknya tak cukup tido, dah ngamuk je..dia juga yang kena dengan adiknya...

sambung untuk aktiviti huruf F pula..sambil tu saya ajar tulisan jawi guna falsh card.

Alphabet D

Ain Fajar | 5:34 PM | 0Comments |
Assalamualaikum..
nak buat n3 setiap hari rasa mcm malas pula sejak dua menjak ni, dah tekumpul dah aktiviti homeschool dengan kakak n fina..dari pagi dah sibuk kemas rumah sambil bagi kerja kat kakak n fina..tapi mcm biasa juga la c kakak ni mcm paku..dia nk kita dok ngadap dia je..tumpuan dia cpt beralih..c fina pula kadang buat kejap pastu dia main alat2 tulis dan warne air tu..kalau di biarkan mmg haru di buatnya..bertambah la keje ibunya nak mengemas benda lain pulak..kadang tu dia pengaruh kakaknya main sekali..tu yang tak boleh tinggal..aktiviti biasa pagi sampai petang, berenti masak n makan..bila malam dah ngaji tido dan kadang2 tu tengok tv sampai kul 12 mlm..dia kado' balik sehari tak tengok tv..budak..nak paksa2 tak boleh..janji dia buat ape kita suruh..eh dah membebel la pulak kat sini...

aktviti terus kepada huruf D..waktu rehat saya pasang cd mengaji alif ba ta..

masa aktiviti ni berjalan, tak ada camre..ayah dorg terbawa g kerje..so ada gmbr yang telah dihasilkan sahaja..saya buat D untuk daun bg bahasa melayu dan D untuk drum bagi bahasa inggeris..untuk huruf d kecil saya buat sedikit craf..saya jadikan huruf d sebahagiannya jadi bunga dazy..dan tampal gambar duck..yang gunting dari buku lama budak2, buku Ana Muslim..saje lah bagi cantik sikit..nak harap tangan ibunya yang keras tak tau nak melukis ni..

satu lagi craf yang saya buat dari huruf D saya jadikan seperti dinesor..saya rujuk pada blog homescoolcraf..dah tak ade idea..mmg bagus blog tu..sangat creatif..pada hal simple je..

ni je lah hadsil yang kakak buat untuk huruf D..c fina punya ada, tapi dia warne secalit dua je pastu dia main..

Feb 25, 2012

Stik ikan

Ain Fajar | 4:57 PM | 0Comments |
Assalamualaikum.
menu tengah hari semalam..saje nak try makan ikan mahal sekeping RM6.50 bape gram la sangat..haha 1st makan ikan salmon nih..saya pun tak tau nak masak ape..en.abg kate bakar sedap kot..fikir2..hhhmmm buat stik lah..bakar juga, tapi guna oven la...okla juga..
saya ujuk resepi dari buku chef hanieliza..ada bahan yang ada dan ada yang tak ada..so saya campur-campurkan je bahan mana yang ada..satu lagi tang sos nya tu..memang saya ubah terus..sebab bahan utama untuk buat sos oren tak ada..saya guna je sos lada hitam..rasenya kurang ummhh la..sebab ada sebab tau kenapa stik ikan di makan dengan sos oreng..sebabnya mungkin untuk hilangkan rasa hamis ikan..masa makan tu tak la rase hamis tapi bila dah selesai makan terase je kat mulut..lepas ni kalau nak buat stik ikan ni kena guna sos lemon baru menjadi..tapi walau mcm mn pun ianya tetap sedap..sebab isi ikan manis..ikan salmon kan mestila sedap..makanan jepun tak masak pun ikan salmon ni..elok je kan..

ok jomlah terus tengok resepi..
sumber chef hanieliza..

Bahan-bahan :)
2 keping ikan salmon
1 sb serbuk oregano
1 sb serbuk lada hitam
1 biji oren sunkist
1 sb sos lea & perrins. (sy x letak)
1 labu bawang besar
minyak masak
garam secukupnya

makanan sampingan.
kentang goreng
sayur brokoli
coslow  (sy tambah)

cara-caranya :
  • sapukan sos lea & perrins, serbuk oregano, dan serbuk lada hitam pada ikan salmon. perap selama 30 minit.
  • bakar ikan salmon kat ats kuali non-stick sehingga garing.(saya bakar dalam oven)
  • masukkan bawang besar dan sedikit serbuk lada hitam kacau rata masukkan jus oren sunkist. (bhg ni sy tak buat).
  • tuang sos oren atas ikan..sediakan dengan kentang goreng, sayur brokoli dan coslow.
bagi yang ingin mencuba boleh try resepi di atas kerana saya syer resepi asal chef hanieliza..mesti lagi sedap kalau guna sos oren tu..

selamat mencuba!!!

Feb 24, 2012

Lobak Goreng

Ain Fajar | 6:52 AM | 0Comments |
Assalamualaikum..
hari nie, aktiviti saya bertemakan huruf C dan saya lukis gambar lobak merah untuk mewakili Carrot..di sebabkan itu saya sediakan snek yang berasaskan lobak merah untuk anak2 saya..biasa saya masak lobak merah sebagai sayur untuk dorang tapi kali ni saya jadikan snek..sambil belajar sambil makan snek lobak merah..
 senang je nak buat..selalu saya goreng fries je tok dorang, tapi bila dah selalu dorg mula jemu dah tak nak makan..so saya fikir buat benda lain..yang lebih kurang sama..bila tengok kat peti ais ada banyak carrot so saya pun buat carrot ni mcm fries..ok jom kita  tengok resepi..senang je nak buat...rogerr!!
Bahan-bahannya : )
2 batang lobak merah.
3 sb tepung gandum
3 sb tepung jagung
2 sb tepung beras
1/2 sk lada hitam
secubit garam
sedikit cukup rasa (jika suka)
air secukupnya
1 bungkus eno original.

cara-caranya :
  • potong lobak merah memanjang..ketepikan.
  • campurkan semua bahan kecuali eno..
  • mancuh tepung macam kita buat tepung untuk goreng pisang. perap 15-30 minit.
  • panaskan minyak..masukkan eno dan kacau sebati.
  • celupkan lobak merah dalam tepung dang terus goreng hingga garing.

hasilnya, lobak lembut dan tepung di luat rangup...(lembut di dalam dan rangup diluar...yumm yumm mmg sedap manis2 lobak merah di campur dengan kerangupan tepung  yang sedikit masin...lemak..sedappp!


selamat mencuba!!

alphabet C

Ain Fajar | 6:30 AM | 0Comments |
Assalamualaikum..
hari nie saya teruskan dengan huruf C..c kakak memang dah kenal huruf C tapi saya buat juga supaya dia tau c untuk ape dalam BI dan BM..
 saya buat C untuk carrot dan untuk cup/cawan
carrot ni mmg antara sayur kesukaan kakak dan fina tu yang saya lukis gambar carrot.
 khusuk mewarna dengan warne air.


bila dah siap, lekat kat diding nnt senang nak nak baca semula..walaupun dah buat huruf2 lain harap2 bila dah tampal kat dinding dorg ingat semua huruf2 yang dah belajar sebelum ni.
gelagat c kakak mengajar adiknya sebut huruf C.

selain tu, saya buat juga perbezaan antara huruf C besar dan c kecil.


dan 
nasib baik ada juga rupa kereta..cantik2 ibunya lukis tapi oklah juga.

Feb 23, 2012

Alphabet B ( aktiviti 2 )

Ain Fajar | 7:26 AM | 0Comments |
Assalamualaikum..
masih lagi huruf B, dalam aktiviti kali ni saya lukis gambar dan minta kakak membezakan huruf B besar dan huruf kecil..


 bab menampal-nampal ni memang c fina cepat je..dia ada teknik yang pantas..bla da siap terus suruh amik gambat dia..c kakaknya lum siap lagi..kakak mmg slowmotion sikit..
dah siap, amik la gambar sama2..serabainya fina kat gambar ni..mood dia xnak sikat rambut.

Dengan bertemakan huruf b ni saya juga ada buat untuk subjek math..b untuk butterfly..dan kepaknya saya buat ikut nombor2..c kakak masih lagi keliru antara 2 dan 5..dan kadang tak kenal no 2 dan 5..susah kutnak ingat no ni..gambar up date besok lah..dah malam..esok nak buat aktiviti lagi..  

aktiviti huruf B selesai..dah kering idea, tak tau nk buat ape lagi..bahan2 pun tak mencukupi..esok buat huruf C pulak.

Alphabet B (aktiviti 1)

Ain Fajar | 6:55 AM | 0Comments |
Assalamualaikum..
Aktiviti homemadeschool diteruskan dengan huruf B..aktiviti untuk huruf B tak banyak..sebab kakak dah kenal huruf B ni..c fina pun dah kenal huruf B..tak sangka juga..fina ni rajin baca buku dan betanya..tak macam kakaknya lebih kepada art dan berimeginasi..mcm biasa saya buat huruf B besar dan b kecil besar2 atas kertas A4 beserta dengan gambar yang bermula dari huruf B..kemudian dorg warnakan dengan warna air.
 B untuk bee, so senang je huruf B besar tu saya buat mcm lebah..dan untuk bahasa melayu B untuk bola. c fina punya tak tau la jadi ape..lebah dah kena demam campak kot..


 dan hasil sepenuhnya untuk huruf B besar.

aktiviti seterusnya, buat huruf b kecil..hari yang berbeza
 b kecil ni mewakili bird dan juga betik. b kecil c fina tak sibuk nak buat. dia merapu sendiri je dok cakap warne...buat masa ni fina dah kenal warne dlm bahasa melayu.

b untuk burung, kate kakak.

Strawberry Cheese Tart

Ain Fajar | 1:32 AM | 1Comments |
Assalamualaikum..
n3 kali ni citer sal makan-makan la plak..banyak n3 pasal homemadeschool..3 hari yang lepas saya buat cheese tart atas sebab tiga tujuan..pertama saya sendiri nak try buat n teringin nak makan, kedua nak balas makanan jiran, dan yang ke3 untuk di bawa ke rumah kawan..mcm biasala kan kalau nak pergi ke rumah orang kena bawa sesuatu..orng bawa buah tangan tapi saya bawa hasil tangan..
ni lah hasil cheese tart saya..saya buat comel2 je..sebesar biskut..mangkuk kertas yang saya guna pun adalah mangkuk kertas untuk biskut..nak makan terus je ngaaap sebiji masuk mulut..senang..budak2 pun mesti suka sebab nampak cute je..rasenya pun sedap sangat..
 oleh kerana bentuknya kecik je, so dapat buat satu je bentuk love tu..
resepi ni saya ceduk dari blog k.hasue..kak hasue ni mmg rajin dan creatif bila buat cheese tart ni..saya belajar teknik loretan dari blog beliau la..mg sangat berguna..terim kasih sangat kat kak hasue..tutorial dia berguna pada siapa yang nak belajar..
jom skodeng resepi..resepi asal adalah blueberry cheese tart, tapi saya guna strawberry filling..so jadi lah strawberry tart..saya copy je..malas nak taip lah rasenyer..


Blueberry Cheese Tart
Resepi:
r41494@myresipi.com
By:
HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan

Bahan untuk Pastri: (memang rangup)
125g butter (salted) - bagi lembut sikit sebelum guna
63g gula icing/ gula biasa di blend
250g tepung gandum
1 kuning telur (saiz B)
1/2 sudu teh esen vanila
1 sudu besar air

Bahan untuk Filling:
250g cream cheese - bagi lembut sikit sebelum pukul
20g butter (salted) - bagi lembut sikit sebelum pukul
60g gula halus/gula castor
1 biji telur (saiz B)
Blueberry filling, strawberry filling atau apa2 filling yg digemari secukupnya

Cara-cara
  • Tepung dan gula campur sekali dan ayak.
  • Masukkan butter dalam tepung dan gula tadi, gaul rata hingga jadi seperti pasir/crumb.
  • Kemudian masukkan kuning telur, esen vanila dan air, gaul sebati hingga jadi doh.
  • Cover dan rehatkan pada suhu bilik selama ~15min sebelum dimasukkan kedalam acuan tart.-saya masukkan jap dalam peti ais
  • Tidak perlu guna sebarang gris untuk acuan. Pastikan acuan kering untuk elak adunan melekat pada acuan selepas bakar.
  • Bakar pada suhu 180C selama ~20-25min atau hingga sedikit perang shj.-saya bakar 10min suhu 170c

Filling - Pukul cream cheese, butter dan gula hingga kembang.
  • Masukkan telur, pukul sekejap sahaja ~1-2min bagi telur sebati dgn cheese tadi.
  • Pipekan filling dalam pasteri yang telah dibakar. Bakar lagi pada suhu 180C ~ 15min. Jika saiz kecil kurangkan masa membakar bagi pasteri dan filling. -saya bakar selama 10 miinit pada suhu 150c.
selamat menjamu mata lah yer..kalau nak boleh, tapi ken buat sendiri..sebab dah habis..nak kena buat lagi jg ni..bising c kakak ckp dia makan sikit je..sume bagi orang..dia suh buat lagi juga..dah terngguh 2 hari dah ni..

ok lah selamat mencuba yer..

Feb 22, 2012

Alphabet A ( aktiviti 4 )

Ain Fajar | 7:26 AM | 0Comments |
Assalamualaikum..
aktivi last untuk huruf A..bila kakak da kenal huruf A besar dan Huruf kecil, saya buat craf yang bertemakan huruf A..dan ianya sebagai hadih untuk kakak dan adik..aktivi yang saya buat waktu malam so gambar gelap sikit, so harap maafla..janji nampak juga muka c kakak denga c fina..untuk kenangan masa hadapan.
bahan2 yang saya gunakan.
maker pan hitam dan merah
gam
getah tempe
pinggan kerta
kapas
kertas kuning

 saya lukis muka arnab kemudian suruh c kakak gam kan telinganya.
 seterusnya, tampal kapas di sekeliling muka arnab untuk di jadikan bulunya yang lembut.

inilah aktivi last untuk huruf A..toping arnab...memang nampak muka kakak puas hati bila dia pakai toping hasil tangannya sendiri..tak sabar dia nak tunjuk kat ayahnya..

laporan untuk huruf A selesai..semoga kakak ingat huruh A besar dan kecil nie sampai bila2.

Alphabet A ( aktiviti 3 )

Ain Fajar | 7:00 AM | 0Comments |
Assalamualaikum.
Aktiviti seterusnya, masih lagi memperkenalkan c kakak dengan huruf A..saya buat replika pokok epel..sebelah huruf besar dan sebelah huruf kecil..saya suruh kakak bezakan dan tampal supaya dia tau perbezaan huruf kecil dan besar..
saya lupa plak nak amik gambar bahan2 yang di gunakan untuk buat pokok epel ni..
saya guna :
  • kertas berwarna hijau, hitam dan merah
  • pinggan kertas
  • maker pan
  • gunting

lukis atas kertas hijau bentuk daun rendang
kertas merah saya lukis bentuk epel dan potong serta lebelkan dengan huruf A kecil dan besar
kertas hitam jadi batang pokok
pinggan kertas jadi tanahnya..kalau rajin warnakan dengan warna coklat.

proses membuat pokok bahagian daun..sedang letak gam

khusuk c kakak meletakkan gan atas epel kertas untuk tampal kat daun yang rendang tu.

inilah hasil yang c kakak dah siapkan..

selain itu juga saya buat juga pokok epel tapi bukan yang 3D, tapi hanya lukis kat kertas..dan saya buat bulat2 je tok lebel huruf2..saje la senang nak simpan dalam fail nnt.
layan je lah gambar dorang menampal huruf A besar dan kecil.





haaaaa dah siap..ni lah hasilnya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...