Feb 24, 2012

Lobak Goreng

Ain Fajar | 6:52 AM | 0Comments |
Assalamualaikum..
hari nie, aktiviti saya bertemakan huruf C dan saya lukis gambar lobak merah untuk mewakili Carrot..di sebabkan itu saya sediakan snek yang berasaskan lobak merah untuk anak2 saya..biasa saya masak lobak merah sebagai sayur untuk dorang tapi kali ni saya jadikan snek..sambil belajar sambil makan snek lobak merah..
 senang je nak buat..selalu saya goreng fries je tok dorang, tapi bila dah selalu dorg mula jemu dah tak nak makan..so saya fikir buat benda lain..yang lebih kurang sama..bila tengok kat peti ais ada banyak carrot so saya pun buat carrot ni mcm fries..ok jom kita  tengok resepi..senang je nak buat...rogerr!!
Bahan-bahannya : )
2 batang lobak merah.
3 sb tepung gandum
3 sb tepung jagung
2 sb tepung beras
1/2 sk lada hitam
secubit garam
sedikit cukup rasa (jika suka)
air secukupnya
1 bungkus eno original.

cara-caranya :
  • potong lobak merah memanjang..ketepikan.
  • campurkan semua bahan kecuali eno..
  • mancuh tepung macam kita buat tepung untuk goreng pisang. perap 15-30 minit.
  • panaskan minyak..masukkan eno dan kacau sebati.
  • celupkan lobak merah dalam tepung dang terus goreng hingga garing.

hasilnya, lobak lembut dan tepung di luat rangup...(lembut di dalam dan rangup diluar...yumm yumm mmg sedap manis2 lobak merah di campur dengan kerangupan tepung  yang sedikit masin...lemak..sedappp!


selamat mencuba!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...