Feb 25, 2012

Stik ikan

Ain Fajar | 4:57 PM | 0Comments |
Assalamualaikum.
menu tengah hari semalam..saje nak try makan ikan mahal sekeping RM6.50 bape gram la sangat..haha 1st makan ikan salmon nih..saya pun tak tau nak masak ape..en.abg kate bakar sedap kot..fikir2..hhhmmm buat stik lah..bakar juga, tapi guna oven la...okla juga..
saya ujuk resepi dari buku chef hanieliza..ada bahan yang ada dan ada yang tak ada..so saya campur-campurkan je bahan mana yang ada..satu lagi tang sos nya tu..memang saya ubah terus..sebab bahan utama untuk buat sos oren tak ada..saya guna je sos lada hitam..rasenya kurang ummhh la..sebab ada sebab tau kenapa stik ikan di makan dengan sos oreng..sebabnya mungkin untuk hilangkan rasa hamis ikan..masa makan tu tak la rase hamis tapi bila dah selesai makan terase je kat mulut..lepas ni kalau nak buat stik ikan ni kena guna sos lemon baru menjadi..tapi walau mcm mn pun ianya tetap sedap..sebab isi ikan manis..ikan salmon kan mestila sedap..makanan jepun tak masak pun ikan salmon ni..elok je kan..

ok jomlah terus tengok resepi..
sumber chef hanieliza..

Bahan-bahan :)
2 keping ikan salmon
1 sb serbuk oregano
1 sb serbuk lada hitam
1 biji oren sunkist
1 sb sos lea & perrins. (sy x letak)
1 labu bawang besar
minyak masak
garam secukupnya

makanan sampingan.
kentang goreng
sayur brokoli
coslow  (sy tambah)

cara-caranya :
  • sapukan sos lea & perrins, serbuk oregano, dan serbuk lada hitam pada ikan salmon. perap selama 30 minit.
  • bakar ikan salmon kat ats kuali non-stick sehingga garing.(saya bakar dalam oven)
  • masukkan bawang besar dan sedikit serbuk lada hitam kacau rata masukkan jus oren sunkist. (bhg ni sy tak buat).
  • tuang sos oren atas ikan..sediakan dengan kentang goreng, sayur brokoli dan coslow.
bagi yang ingin mencuba boleh try resepi di atas kerana saya syer resepi asal chef hanieliza..mesti lagi sedap kalau guna sos oren tu..

selamat mencuba!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...