Oct 30, 2013

Tempahan kek

Ain Fajar | 7:19 AM | 1Comments |
Assalamualaikum
cuti sekolah semakin hampir, dan musim kenduri-kendara pun bermula di mana2, namun cuti depavali dengan cuti awal muharam beralanjutan jadi ramai juga yang mengambil kesempatan mereka membuat kenduri kawin, cukur jambul, bertunang dan sebagainya, tak ketinggalan juga ada yang membuat parti hari jadi dan jamuan perpisahan..cuti kali nie ada la juga temphan kek yang saya terima, dah lama tak ambik oder memandangkan kesihatan yang tidak mengizinkan..saya cuma terima tempahan bahulu..bila dah sihat sikit nie boleh la terima oder kek..

kek spans coklat dengan butercream serta bunga foundant.
asalnya nak buat tiga tingkat tapi jadi 2 tingkat setengah je mamandangkan xde gam untuk saya lekatkan tiang, sebab cup cake sepatutnya berada di tingkat kedua..kiranya ini susunan last minit..cantik la juga kan..ramai juga yang memuji alhamdulillah pengantin pun berpuas hati..

ini lah pasangan pengantin tu, sebenarnya pengantin perempuan nie anak saudara sepupu en.abg..kira saya nie makcik kepada pengantin la..hehe macam dah tua je kan..

sesi makan kek, menjadi kebiasaan kalau dah potong kek tu mesti kena suap pasangan..pasangan yang sepadan sama cantik..
pandangan dekat, kek nie sponser dari kakak pengantin untuk adiknya..baiknye hati si kakak ni kan..syukur dia juga suka dengan kek yang saya buat nie..

Dalam masa yang sama saya menerima tempahan dari seorang kawan sekampung saya, dia sponser kek untuk majlis perkahwinan adik sedaranya..murah rezki si kakak saudara yang sanggup sponser kek, tanpa mengira berapa pun harganya..
bahagian tingkat atas sekali iaitu tingkat ke3, kek yang di kinta adalah kek chocolate moist, dengan salutan butercream dan bunga foundant penuh..dengan tema merron..tapi saya dapat buat warna merah je..

tingkat kedua, sama je decorationnya, supaya selaras.

ini plak, kek yang di oder oleh kawan sekolah saya masa ting6...dia sambut beday anaknya yang ke2..kek yang di minta chocolate moist dengan salutan cream cheese serta hiasan mashmallo..kawan saya suke deco yang ringkas tapi sedap..inilah hasilnya..walaupun simple tapi nampak sweet je..rasenye juga sedap..ramai yang komen positif alahamdulillah..

yang nie, kek spans coklat yang biasa serta salutan butercream dengan deco simple..hanya 1 kg..dah banyak kali costemer nie oder..alhamdulillah la bermakna mereka suka kek saya walaupun hanya kek spans dan butercream.
snow cheese cake, oder dar kawan adik saya, nak makan puas2 katenye, bila makan kek yang orang bagi xboleh la nak makan banyak..malu la kan..hehe
 gambar nampak kabur sebab lokasi di bawah lampu neon di waktu malam.
yang nie oder dari seorang cikgu sekolah yang ingin sambut hari lahirnya bersama dengan anak muridnya.

tq lah pada yang sudi oder...hilang la juga rasa bosan bila buat kerja yang sama sahaja setiap hari.

Oct 29, 2013

pulau pangkor

Ain Fajar | 5:49 AM | 0Comments |
Assalamualaikum

Agak lama saya meneyepi, di sebabkan
lapy saya nie tetibe je sakit, jadi sy hantar la ke kedai untuk membaikinya..tak lah teruk, orang macam saya ni memang tak tau nak jaga, tu yang datang macam2 masalah..walaupun rosak sikit pun saya dah tak tau nak baiki sendiri..memang kena minta orang lain yang baikinya..alhamdulillah masih lagi berkesempatan untuk saya bercerita dan berkongsi ape sahaja yang saya suka dan yang saya rasa ianya memberi kenangan yang indah untuk saya sekeluarga..mungkin juga cerita yang saya kongsikan di sini boleh membantu yang membacanya.

ehsan google

kisah nie cerita yang lama jugala, sebab kejadian berlaku sebelum kita semua umat islam merayakan hari raya korban..sebelum raya korban @ raya haji, kami sekeluarga dan beberapa orang adik beradik en.abg pergi bercuti ke satu destinasi yang dekat dari kampung kami..kami memilih pulau pangkor sebagai destinasi percutian singkat atas tujuan untuk mengembirkan anak2..al-maklumla kan, en.abg sekarang dah kerja di tengah lautan, tinggalkan saya dan anak2 selama sebulan dengan hanya berhubung melalui wassap..jadi en.abg berjanji dengan anak2 bawa bercuti mengikut destinasi yang anak2 pilih sendiri..mereka tidak lah kate nak ke pulau pangkor, tapi mereka teringin nak naik feri dan main pasir serta mandi di pantai..hhhmmm bila fikir2, memang pulau pangkorlah tempat yang sesuai bagi kami untuk bercuti kali ini..memandangkan pulau pangkor dekat dan nak kesana mesti dengan menaiki feri dan ade pasir dan pantai seperti yang mereka inginkan..tambahan pula waktu cuti en.abg abg agak singkat di sebabkan ade raya koerban yang perlu di raikan..banyak lembu yang harus di korbankan di kampung, jadi banyakla kerja yang perlu di lakukan.






Raya korban jatuh pada hari selasa, jadi en.abg dan yang lain hari sabtu semua dah cuti..jadi kami berpakat bertolak pada pada hari sabtu..jam 12 tengah hari baru lah kami bersiap dan bertolak dari kampung, sampai je ke lumut pada jamp 1.30 petang..kami semua memilih pelabuhan marina untuk menaiki feri ke pulau pangkor..tiket feri untuk yang dewasa RM10 pergi dan balik, manakala kanank2 yang berumur 4 tahun - 12 tahun RM5 pergi dan balik..jadi ianya berbaloi..masih lagi harga lama..feri kami naiki adalah pukul 3ptg..nak ikutkan feri setiap satu jam, tapi al-maklum la kalau pergi ramai2 nie dan ade anak2 kenik macam2 hal dan kerenah yang menyebabkan lambat ke destinasi...perjalanan dari lumut ke pulau pangkor hanya 15minit sahaj..(lebih kurang la)..bila sampi di jeti pulau pangkor macam biasa driver van pink sudah menunggu.

inilah dia van pink yang saya maksudkan tu, di pulau pangkor memang inilah kenderaan utama bagi pelancong yang datang bercuti..ada juga kereta sewa dan motor sewa..tapi lebih baik sewa van pink nie sekali dengan drivernya..senang nak kemana sahaja dia akan bawa..jalan di pulau pangkor pun sangat curam dan berbengkang bengkok..sangat bahaya pada yang tak biasa.


kami menginap di D' Senja Resort .oleh kerana kami booking last minit, jadi mana yang ade je lah..janji ade tempat tido..walaubagaimanapun tempatnya selesa dan ianya berhadapan dengan pantai.


kami sampi di Resort pada pukul 4 petang, dan kami terus makan-makan bekal yang kami bawa dari rumah. makan sebagai alas perut je, sebab kemudahan dapur tak ade..kami sempat sewa bilik sahaja..selesai makan dan solat..apa lagi aktiviti petang itu ke pantai lah..anak-anak dah tak saba nak bermain pasir dan ombak..nak membina istana pasir dan menanam badan dalam pasir..memang seronok tengok anak2 gembira..dalam masa yang sama hilang la juga stres terperuk di rumah..sesekali tengok pantai, laut dan ombak serta pemandangan yang indah sangat tenang..walaupun sekejap jadilah..

layan dulu keletah anak2 bermain di pantai..betapa seronoknya mereka dengan sepupu2nya.







yang tua pun tak ketinggalan mengambil kesempatan untuk membina istana pasir, ayah dan aciknya pulak yang lebih2..hahaha masa kecik tak berpeluang nak bercuti macam nie, apatah lagi nak bermain pasir seperti nie..saya pun main la jg sikit2..tak berapa nak larat nak bergerak..masih lagi mabuk2 kepayang..cepat letih..

waktu malam kami di isi dengan BBQ, kami menempah satu set untuk buat bakar2 dengan pemandu van pink yang kami sewa tadi..kami minta dia sediakan semua termasuk see food segar..sangat segar ikan, ketam, sotong, udang yang di sediakan..hhhmmm rasanya manis..sangat sedap dan berpuas hati..tapi saya tak sempat nak snep gambar dah sibuk membakar dan melantak..hahaha...kena nikmati ketam yang segar tu..memang dah teringin nak makan ketam..bila dah dapat nagadap memang tak pandang orang lain..3ekor saya sorang..hahaha..mak buyung di utamakan..

lepas siap buat bakar2, dan kami semua masuk ke bilik masing2, hujan pun turun dengan lebatnya..memang sedapla tido dah la memang penat..hujan berlarutan sampai ke pagi..sayangnya kami tak boleh nak main pasir dan ombak lagi..kesan hujan lebat ombak memukul pantai dengan sangat kuat..kami tak berani nak lepaskan anak2 bermain..cukup sekadar berdiri di tepi pandai dan menunggu air laut tiba di sisir pantai..mereka ttap seronok main macam tu..tapi anak2 saya tak puas juga bermain dan minta ayahnya bawa mereka lagi bermain di pantai bila ayanhnya cuti..





kami bersiap sebab dah nak check out pukul 12 tengah hari..sementara check out kami menunggu van pink datang untuk ambik kami, sebelum balik kami g pusing pulau dulu ikut jalan darat je..tak singgah ke mana pun cuma singgah di klang yang membuat produk laut, macam satay obor, kerepek ikan, kerepek udang, rumpai laut dan lain-lain2 lagi..saya borong lah juga mana yang saya suka makan saya beli..sama je harganya..sayangnya kalau beli di kilang mungkin lebih murah tapi tak la banyak bezanya dengan yang di lumut..mereka paket dalam kuantiti yang banyak..tak boleh beli sikit2..kami sebenarnya nak pegi semua tempat yang biasa pelancong lawat, tapi salah sorang dari kami nak balik awal..jadi kami terus buat keputusan untuk terus je ke jeti ambik feri balik ke lumut semula..saya curi juga masa cari baju sebagai kenangan..rasanya memang tak puas bercuti kali ini..penat yang lebih..sebab masa di pulau pangkor sekejap sangat cuma 1 malam 2 hari..itupu kami sampi dah petang dan balik sebelum petang..tak sempat nak bersantai2..lepas nie, kena plan cuti lama sikit 2mlm 3 hari ke kan.

klah ni je kenangan di pulau pangkor, xde ambik gambar ramai2 pun, sebab cameraman tak ikut.


Oct 5, 2013

Melty snow cheese cake

Ain Fajar | 7:14 AM | 7Comments |
Assalamualaikum..

Hai, lama sangat tak bersiaran..badan lemau je nak buat ape pun malas..tapi dek kerana rindu sangat nak membaking dan teringin sangat nak mencuba membuat sendiri kek yang sangat meletop-letop sekarang nie..ramai yang dah jadikan kek nie sebagai punca rezki..alhamdulilah...hati nie bagai tercabar bila banyak post yang ditayangkan di FB sama ade untuk tujuan promosi untuk jualan, mahupun perkongsian rakan2 yang telah pun mencuba..tak ketinggalan juga penyumbang resepi yang tak lokek berkongsi di FB dan Blog..

saya kuatkan juga dek kerana macam dah mengidam nak makan kek cheese yang bersalji nie..ramai yang kate kek nie adalah kek mewah dan sangat sedap...mana lah hati nie dapat menahannya kan...jadi petang tadi saya jalankan misi saya untuk mencuba sendiri membuat kek cheese bersalji yang cair dan teringin merasa keenakkannya..

resepi saya copy dari dapur k.umi kuantan yang katanya dia ambil pula dari dapur rahel..terima kasih semuanya..dan untuk creamnya yang cair saya telah ambil dari FB Rahel yang mana ianya telah di kongsikan oleh rakan FB Rahel..terima kasih juga yer..izinkan saya panjangkan resepinya di sini..semoga perkongsian ini memberi kebaikan kepada semua..:)

ok lah, saya ni sebenarnya tak berapa suke dengan cheese yang rasa susu tu tapi teringin juga nak membuatnya..jadi saya buat versi cup cake macam yang K.noor buat..ade juga yang bulat..dengan niat di hati nak bagi je kat kawan2 yang suka makan kek cheese..dan boleh juga sekiranya nak letak dalam bekas tapawer putih tu..jadi cream yang cair tu nampak lebih cantik dan senang di makan..potong guna sudu lepas tu terus je ngap!..hehe

Yang bulat nie tak berapa nak cantik sebab creamnya cair, klu nk buat bulat tak perlu letak susu segar...creamnya sesuai kalau kita letak dalam bekas bertakung..kalau cup cake stile namapak cun 

jom skodeng resepi..

KEK 

6 biji telur (2 biji hanya ambil kuningnya)
100gm tepung hong kong / naik sendiri / gandum
1 sb baking powder
60gm tepung jagung
2 st ovallate
75 gm mentega cair
100 gm gula kastor
saya tambah sikit air (75ml) spy kek lebih gebu dan ringan

cara-caranya: 

  • masukkan semua bahan kecuali mentega cair
  • pukul semua bahan hingga kembang
  • masukkan mentega cair dan kacau secara kaup balik
  • masukkan adunan ke dalam loyang dan bakar hingga masak.
  • untuk kek nie, boleh tambah perasa oren, pandan, strawberry, kopi, dan chocolate.


untuk creamnya :
250gm cream cheese
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan susu segar / fresh cream

caranya: 
  • pukul cream cheese hingga kembang dan masukkan susu pekat pukul hingga sebati dan masukkan susu segar / fresh cream..pukul hingga sebati.

  • bila kek sudah sejuk siram cream keju atas kek dan taburkan keju chedar yang telah di parut.
  • boleh di hidangkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...