Oct 5, 2013

Melty snow cheese cake

Ain Fajar | 7:14 AM | 7Comments |
Assalamualaikum..

Hai, lama sangat tak bersiaran..badan lemau je nak buat ape pun malas..tapi dek kerana rindu sangat nak membaking dan teringin sangat nak mencuba membuat sendiri kek yang sangat meletop-letop sekarang nie..ramai yang dah jadikan kek nie sebagai punca rezki..alhamdulilah...hati nie bagai tercabar bila banyak post yang ditayangkan di FB sama ade untuk tujuan promosi untuk jualan, mahupun perkongsian rakan2 yang telah pun mencuba..tak ketinggalan juga penyumbang resepi yang tak lokek berkongsi di FB dan Blog..

saya kuatkan juga dek kerana macam dah mengidam nak makan kek cheese yang bersalji nie..ramai yang kate kek nie adalah kek mewah dan sangat sedap...mana lah hati nie dapat menahannya kan...jadi petang tadi saya jalankan misi saya untuk mencuba sendiri membuat kek cheese bersalji yang cair dan teringin merasa keenakkannya..

resepi saya copy dari dapur k.umi kuantan yang katanya dia ambil pula dari dapur rahel..terima kasih semuanya..dan untuk creamnya yang cair saya telah ambil dari FB Rahel yang mana ianya telah di kongsikan oleh rakan FB Rahel..terima kasih juga yer..izinkan saya panjangkan resepinya di sini..semoga perkongsian ini memberi kebaikan kepada semua..:)

ok lah, saya ni sebenarnya tak berapa suke dengan cheese yang rasa susu tu tapi teringin juga nak membuatnya..jadi saya buat versi cup cake macam yang K.noor buat..ade juga yang bulat..dengan niat di hati nak bagi je kat kawan2 yang suka makan kek cheese..dan boleh juga sekiranya nak letak dalam bekas tapawer putih tu..jadi cream yang cair tu nampak lebih cantik dan senang di makan..potong guna sudu lepas tu terus je ngap!..hehe

Yang bulat nie tak berapa nak cantik sebab creamnya cair, klu nk buat bulat tak perlu letak susu segar...creamnya sesuai kalau kita letak dalam bekas bertakung..kalau cup cake stile namapak cun 

jom skodeng resepi..

KEK 

6 biji telur (2 biji hanya ambil kuningnya)
100gm tepung hong kong / naik sendiri / gandum
1 sb baking powder
60gm tepung jagung
2 st ovallate
75 gm mentega cair
100 gm gula kastor
saya tambah sikit air (75ml) spy kek lebih gebu dan ringan

cara-caranya: 

  • masukkan semua bahan kecuali mentega cair
  • pukul semua bahan hingga kembang
  • masukkan mentega cair dan kacau secara kaup balik
  • masukkan adunan ke dalam loyang dan bakar hingga masak.
  • untuk kek nie, boleh tambah perasa oren, pandan, strawberry, kopi, dan chocolate.


untuk creamnya :
250gm cream cheese
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan susu segar / fresh cream

caranya: 
  • pukul cream cheese hingga kembang dan masukkan susu pekat pukul hingga sebati dan masukkan susu segar / fresh cream..pukul hingga sebati.

  • bila kek sudah sejuk siram cream keju atas kek dan taburkan keju chedar yang telah di parut.
  • boleh di hidangkan.

7 comments:

  1. ehermmm...betul2 meleleh...kek yang paling tip top....

    ReplyDelete
  2. aku rase nak jadi jiran ko la.. hari2 boleh dpt kek pree.. heheheh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah xyah jiran pun xpe, asal dekat leh anto

      Delete
  3. akak nk tny...pukul semua bhn kecuali mentega cair dgn gune mesin pemukul ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yer pukul semua bahan guna mixer smpi gebu..bila masukkan mentega cair tu gaul guna senduk je.

      Delete
  4. kalau dalam cup, kena letak banyak mana ye?

    ReplyDelete
  5. Kalau pakai tepung gandum lembut ke nanti ?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...