Oct 30, 2013

Tempahan kek

Ain Fajar | 7:19 AM | 1Comments |
Assalamualaikum
cuti sekolah semakin hampir, dan musim kenduri-kendara pun bermula di mana2, namun cuti depavali dengan cuti awal muharam beralanjutan jadi ramai juga yang mengambil kesempatan mereka membuat kenduri kawin, cukur jambul, bertunang dan sebagainya, tak ketinggalan juga ada yang membuat parti hari jadi dan jamuan perpisahan..cuti kali nie ada la juga temphan kek yang saya terima, dah lama tak ambik oder memandangkan kesihatan yang tidak mengizinkan..saya cuma terima tempahan bahulu..bila dah sihat sikit nie boleh la terima oder kek..

kek spans coklat dengan butercream serta bunga foundant.
asalnya nak buat tiga tingkat tapi jadi 2 tingkat setengah je mamandangkan xde gam untuk saya lekatkan tiang, sebab cup cake sepatutnya berada di tingkat kedua..kiranya ini susunan last minit..cantik la juga kan..ramai juga yang memuji alhamdulillah pengantin pun berpuas hati..

ini lah pasangan pengantin tu, sebenarnya pengantin perempuan nie anak saudara sepupu en.abg..kira saya nie makcik kepada pengantin la..hehe macam dah tua je kan..

sesi makan kek, menjadi kebiasaan kalau dah potong kek tu mesti kena suap pasangan..pasangan yang sepadan sama cantik..
pandangan dekat, kek nie sponser dari kakak pengantin untuk adiknya..baiknye hati si kakak ni kan..syukur dia juga suka dengan kek yang saya buat nie..

Dalam masa yang sama saya menerima tempahan dari seorang kawan sekampung saya, dia sponser kek untuk majlis perkahwinan adik sedaranya..murah rezki si kakak saudara yang sanggup sponser kek, tanpa mengira berapa pun harganya..
bahagian tingkat atas sekali iaitu tingkat ke3, kek yang di kinta adalah kek chocolate moist, dengan salutan butercream dan bunga foundant penuh..dengan tema merron..tapi saya dapat buat warna merah je..

tingkat kedua, sama je decorationnya, supaya selaras.

ini plak, kek yang di oder oleh kawan sekolah saya masa ting6...dia sambut beday anaknya yang ke2..kek yang di minta chocolate moist dengan salutan cream cheese serta hiasan mashmallo..kawan saya suke deco yang ringkas tapi sedap..inilah hasilnya..walaupun simple tapi nampak sweet je..rasenye juga sedap..ramai yang komen positif alahamdulillah..

yang nie, kek spans coklat yang biasa serta salutan butercream dengan deco simple..hanya 1 kg..dah banyak kali costemer nie oder..alhamdulillah la bermakna mereka suka kek saya walaupun hanya kek spans dan butercream.
snow cheese cake, oder dar kawan adik saya, nak makan puas2 katenye, bila makan kek yang orang bagi xboleh la nak makan banyak..malu la kan..hehe
 gambar nampak kabur sebab lokasi di bawah lampu neon di waktu malam.
yang nie oder dari seorang cikgu sekolah yang ingin sambut hari lahirnya bersama dengan anak muridnya.

tq lah pada yang sudi oder...hilang la juga rasa bosan bila buat kerja yang sama sahaja setiap hari.

1 comment:

  1. salam ain..

    comelnya kek kahwin..sweet ja kalernya..suka tengok.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...