Feb 28, 2012

Pop chicken

Ain Fajar | 7:02 AM | 1Comments |
Assalamualaikum..
 n3 malam ni saya post pop chicken..dah lama tak jumpa pop chicken sejak KFC stop pengeluaran menu ni...saya suka makan pop chiken ni sebab dia kecil2 je...cute2 gitu..sng nak makan..tapi dah tak dapat makan dah sekarang...tapi walau mcm mn sekali pun, kita mesti boleh makan juga..KFC tak buat tapi kita boleh buatnya sendiri...biasanya kalau masak ayam mesti bahagian dada tak laku..tapi ada jg yang suke bahagian dada ni tapi tidak dalam keluarga saya termasuk saya sendiri..beli ayam seekor mesti dapat banyak bahagian isi ayam yang bahgian dada..nak buat ape..kalau masak tak disentuh dan tak kan nak buang pulakkan..bayar tu..duit semua tu...so saya biasa la potong kecil2 goreng tepung buat mcm pop chicken baru lah laku..

saya tak sukat la bahan2 yang di gunakan..leh la agak2 kan rasenyer yer..bagi yang nak mencuba lah..

bahan-bahannya : 
isi ayam
tepung gandum + tepung jagung
tepung kentucky
telur
lada hitam
soa tiram
garam.

cara-caranya :
potong dadu isi ayam.
perap ayam bersama dgn lada hitam, garam dan sos tiram
celup ayam dengan tepung gandum; kemudian telur kemudian tepung kentucky, telur lagi dan tepung ketucky .
pastikan minyak betul2 panas.
pastu goreng hingga garing.

siap..
senang je cuma kena banyak celup sana sini berulang kali supaya rangup dan tebal mcm KFC buat..
haaa jap je dah abis..klu buat mcm ni mst laku..ratah pun sedap..

selamat mencuba!!

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...