Jan 29, 2013

sekolah

Ain Fajar | 6:43 PM | 0Comments |
assalamualaikum..

Kisah sebulan yang lepas, masa hari persekolahan bermula bila tahun berganti dari tahun 2013..anak2 saya sibuk nak sekolah sebelum nie, bila c kakak dah 5 tahun dan c adik 4 tahun, saya pun sibukla mencari sekolah yang terbaik untuk pembelajaran awal mereka..kat area kampun jarang jumpa sekolah swasta semuanya sekolah kerajaan..bukan tak nak sekolah kerajaan tapi, sekolah pra tak terima budak umur 4 tahun..jadi saya kena juga la cari sekolah yang terima budak 4 tahun..nak cari yang lebih kepada agama islam memang susah la, yang ade dan bayak sekolah yang di asaskan oleh bekas guru india dan cina..saya cari yang mengambil berat juga tatang agama islam...atas recomen kawan sekolah saya pun sekolahkan kakak dan adik di sekolah sri bernam di simpang4, jarak perjalanan makan masa 15-20 minit dari rumah bapak saya..tak pe lah janji anak2 dapat belajar dengan mudah dan selesa..kosnya juga tak la mahal sangat..maklumla sekali masuk sekolah dua orang..kosnya pun jadi berganda..


haha ni lah gaya budak baru nak ke sekolah, seronok sangat hari pertama nak sekolah..baju uniform di beri kelonggaran bagi yang islam untuk menggunakan baju kurung dan tudung..saya dan en.abg memang nak dorg jadi muslimah beriman, jadi kami pilih baju kurung untuk kakak dan fina..dah macam budak skolah menegah je..
seronoknya kakak nak sekolah, senyum memanjang..semoga rajin belajar, jangan hangat2 taik ayam je..

masih lagi tersenyum bila dah sampai sekolah..c fina plak bila masuk je ke sekolah, muka dah mula berubah bila dia tengok ramai budak2 kat sekolah, ade yang india, ade cina dan melayu...bila saya tinggalkan dia, air mata dah mula bertakung..terpaksala menunggu sekejap..budak2 lain ade juga yang nangis dan ada juga yang seronok bermain..saya pujuk2 juga c fina untuk biasakan diri..lama juga dia nak biasakan dirinya..c kakak? hhhmmm!! tak perlu di tanya memang seronok dah tak nampak ibunya..
keesokkan harinya, c fina mula hujan lebat bila aciknya nak tinggalkan dia..lama la juga dia nagis, aciknya pun tak sampai hati nak tengok..hari ketiga, masa hantar fina ke sekolah, dia elok je, tp bila dah nak tinggal dia, hujan selebat2nya..tapi bila dah nampak kereta dia terus senyap..semua guru memujuk termasukla c kakak memujuk adiknya..hari keempat saya yang hantar, masa hari ahadnya, c fina dah cakap " adik tak nak sekolah", esok paginya bila saya kejut, memang dia tak nak sekolah, nangis2 tapi saya paksa juga..tak kan nak ikutkan sangat dah bayar uran semua..bila hantar dia nagis tak nak sekolah dia cakap nak tinggal kat rumah je..hari kelima masih nagis masa kejut nak ke sekolah, tapi bila di pujuk mbah udanya dia nak juga pakai baju sekolah dan pegi..saya pun dukung dan hatar sampai ke depan pintu, bila dia tengok kakaknya seronok dia pun trase seronok..memang sekolah seronok pun, kanak-kanak lagikan..saya minta kakaknya pegang tangan adik..alhamdulillah tak nangis..masa ambik balik dari sekolah dia happy je..saya tanye "kenapa adik tak sekolah, kan seronok"..c fina menjawb "adik takut"..rupanya dia takut dengan budak2 india..c fina nie memang takut dengan orang..tak sangka pulak dia boleh takut dengan budak india..adoila sabo je lah..selepas dari tu, bila nak hantar dorang ke sekolah je saya pesan kat kakak mesti pegang tangan adik supaya adik tak takut..bila dah seminggu ke sekolah c fina dah ok sikit..mingu kedua makin seronok budak berdua ke sekolah..seterusnya c fina dah tak takut dan tak nagis..dia belajar pun ok..buat keje rumah pun semngat..cepat dia belajar sebab dia rajin dan tumpuan dia tak mudah beralih..kalau c kakak plak lebih suke main2 dan banyak cakap..buat keje rumah cakap bosan..tumpuan dia mudah beruabah..lain anak lain ragamnya tak de yang sama..


uniform sebenar sekolah dorang..bila ramai kawan2 melayu mengenakan skirt budak berdua ni pun nak juga baju macam kawannya..bila fikir balik, xpe lah dorang masih kecik..tapi kena selalu ingatkan pakaian muslimah..bila baju dah sama makin seronok dorang sekolah..
alhamdulillah semoga anak2 ibu jai budak pandai dan yang penting beriman untuk dunia dan akhirat..amin..

pengalaman pertama bila menghangtar anak ke sekolah..dengan macam2 ragamnya.. 

 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...