May 17, 2011

Rojak

Ain Fajar | 7:53 AM | 2Comments |
Assalamualaikum.
menu hari nie, rojak ala-ala mamak gitu..makanan ni mmg kegemaran saya..skrg en.abg pun suka. so leh buat selalu, ada kawan makan bersama..dulu teman makan saya my mom skrg my mom dah tak ada so en.abg lah pegantinya..dulu kalau my mom buat  mee rebus saya mesti makan dengan sayur-sayuran dan kuahnya saya otee la sikit, mmg mcm rojak mamak atau pun pasembuq pineng.

ok2 jom kita tengok resepi yg saya guna untuk buat rojak..ni kira versi saya lah (sm mcm my mom buat).

Bahan-bahannya : )
Untuk kuahnya :
15 tangkai cili kering
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 biji kentang (guna keledek merah pun boleh) *
10 ekor udang sederhana besar *
1 cawan kacang tanah *
gula
garam
ajinomoto jika suka

Cara-caranya : )
  • kupas kulit dan goreng bahan-bahan yg bertanda * dan kisar halus.
  • kisar bawang merah, bawang putih, halia dan cili kering hingga lumat.
  • masukkan bahan yg di kisar semuanya ke dalam periuk masak hingga mendidih.
  • masukkan gula, garam dan ajinomoto. (ikutlah selera masing2 rasanya yer) 
  • p/s : kuahnya harus manis sedikit

Untuk cekodok : )
10 ekor udang yg di buang kulit
2 biji bawang merah
1 sk garam
sedikit kunyit
1 pokok daun kucai
2 cawan tepung gandum
1 cawan air suam

Caranya :)
  • bleng udang, dan bawang bersama air.
  • masukkan semua bahan dan gaul rata.
  • buatlah seperti cekodok biasa hingga selesai.
  • apabila sudah sejuk potong dadu besar

Untuk hiasan
telur rebus
sengkuang
timun
daun sup
bawang goreng
cili besar
tauge yg di celur.
tahu goreng

Cara-caranya : )
masukkan semua bahan ke dalam mangkuk siram lah kuah yg sudah masak
sedia untuk di hidangkan.

selamat mencuba!!

2 comments:

  1. Assallamualaikum Ain..
    Naz suka rujak cam ni..Kekadang naz letak sekali mee kuning dalam rujak tuh.. Uihhhh..lagi kekenyangan bila dah makan...nyumm..nymm..best!

    ReplyDelete
  2. ko letak jua rojak arwah mak ko dalam n3 ni.. aku x sabar nak mencuba... dari dulu ko asyik cakap.. buatnya x da masa...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...