Sep 24, 2012

Tom Yam santan

Ain Fajar | 11:18 PM | 0Comments |
Assalamualaikum.

Menu tengah hari saya hari ni, special sikit..1st masak dan makan masakan ala-ala Thai..masa saya jeguk dapur kak Ita 2 hari yang lepas, bila saya tengok tajuk n3 K.Ita Tom yam yang bersantan, terus berenti dan tengok bahan-bahannya...hhhmmm lain dari biasa ni..terus niat di hati untuk mencubanya..bahan-bahan yang di gunakan pun tak la susah mana, mudah di dapati..dari cerita yang K.Ita sampaikan, Tom Yam santan nie sedap, segar dan pasti peminat makanan Thai sangat suka kannya..bila hirup kuahnya yang lemak, masam dan pedas tu tak terkate nikmatnya...huh!! memang terliur bila tengok gambar Tom Yam K.Ita...


Bak kate k.Ita bagi peminat Tom Yam pasti suka kan masakan ni..saya salah seorang peminat tom yam tu yang tak sabar untuk mencubanya...yang berbezanya lagi tentang Tom Yum santan ni adalah, kita tidak mengunakan makanan see food seperti biasa, malah kita menggunakan ikan dan kita nikmatinya dengan dengan nasi putih...ternyata sememangnya rasanya sangat sedap..dan tak rugi mencubanya, sanggup saya beli ikan besar dan mahal semata-mata nak masak Tom Yum santan nie..memang terbayang2 la..mesti kena buat lagi nie..jadi, korang2 yang tak tau nakmasak ape kan, ape kate cube resepi nie..lain dari biasa..

saya buat separuh dari resepi..ikan pun separuh je..ye la makan berdua je kan.lagi pun percubaan..lepas nie masak ikan sekor....nak makan puas2..kat kedai rasenye belum ade lagi menu nie..jom la kita tengok resepinya.nanti boleh cuba masak ok.

Tom Yum Santan
sumber : K.azlita masam manis.

Bahan-bahannya:
seekor ikan siakap
2 batang serai
2 inci lengkuas
5 helai daun limau purut
6 biji cili padi

1 paket rencah tom yam
1 biji kiub tom yam
1 biji kiub ikan bilis
2 sb stok ikan
2 biji buah tomato
200ml santan
1 sb gula
garam secukupnya.
daun ketubar

Bahan yang saya tambah.
sayuran seperti :
lobak merah
cendawan
kubis bunga
buah limau kasturi.

cara-caranya:


  • basuh ikan dan ketepikan.
  • rebus serai, lengkuas, halia, hingga mengelegak.
  • masukkan cili padi, daun limau purut..tunggu kuah mendidih.
  • masukkan rencah tom yam, kiub ikan bilis, kiub tom yam, lobak merah dan kubis bunga.
  • apabila kuah dah mendidih boleh masukkan buah tomato, ikan dan santan..
  • tunggu sampai ikan masak..hidangkan dan tabur daun ketumbar
  • siap dan hidangkan bersama dengan nasi putih.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...