Apr 19, 2012

Sambal Asam

Ain Fajar | 9:47 PM | 1Comments |
assalamualaikum..
n3 kali nie nak pos sambal asam yang saya cicahkan dengan ikan bakar...kalau buat ikan bakar mesti buat sambal asam nie..selain menambah selera dan kepedasan, ianya juga disatukan atas tujuan untuk hilangkan bau hanyir ikan...ye la kan ikan yang dibakar kurang garing, disebabkan itu masih tetinggal sedikit bau hanyir...ikut jenis ikan juga..biasa saya masak ikan kembung dan pari..kalau ikan yang besar2 tu jarang la buat..kalau buat bila makan dengan famly yang besar kat kampung memang sesuai untuk BBQ..

sambal asam yang simple tapi tetap mantooop...
ok jom tengok resepi.

Bahan-bahannya :)
2 biji tomato
1/2 biji bawang besar
1 cawan air
3 sudu asam jawa
3 inci belacan
10 biji cili padi
2sb gula pasir

cara-caranya:)
hiris nipis bawang besar dan tomato. ketepikan.
masukkan bahan lain dalam blender kisar hingga lumat
campurkan semua bahan 
dah siap..

ada juga kuah sambal asam nie diletak kerisik..hhhmmm saya belum cuba lagi..next time saya akan cuba buat 
oklah selamat menjamu selera dengan ikan bakar.

1 comment:

  1. salam Ain,
    sedapnya dapat ratah ikan bakar..ada cicah asam tu..mmg shhhhrrrpp

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...