Dec 25, 2011

Popia Basah

Ain Fajar | 2:45 AM | 1Comments |
Assalamualaikum..

Popia basah ni, kesukaan en.abg so saya berusaha juga nak uat kuih ni..lagi pun saya suka makan yang goring dan bersira..jarang dah nak jumpa popia yang di buat menggunakan kulit yang di buat sendiri..kalau ada pun bukan main kecik lagi, intinya pulak mak aiii tauge jeeee...dah jadi macam tali je kekecutan...memang cepat kaya kalau berniaga mcm tu kan..jimat kos jual pulak mahal...so saya kena belajar untuk buat kulit popia sendiri. Bila dah teringin buat je..makan la banyak mana selagi nak..dulu ye la..nak makan je, nyendeng2 kat mak suh buat, sekarang nak tak nak kena buat sendiri..

Bahan-bahan Kulit Popiah:
  • 2 cawan tepung gandum (260g)
  • 3/4 cawan air (150g)
  • 1 biji putih telur
  • 2 sudu makan cuka (2 sudu besar)
  • secubit garam

Cara-cara :
  1. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk dan gaul sebati.
  2. Tutup mangkuk dan biarkan selama lebih kurang 1/2 jam.
3.       Seterusnya boleh sediakan inti dan sambal.

 
 Bahan-bahan Inti
(boleh buat inti ikut suka atau cara tersendiri)
  • 1/2 biji kobis diracik halus (1/4 biji)
  • 3 biji sederhana besar carrot disagat halus (1/2 batang)
  • Segenggam taugeh
  • 1 labu bawang besar (1/2 labu)
  • 3 ulas bawang putih ( 1 ulas)
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar udang kering
  • garam
  • minyak untuk menumis

Cara menyediakan Inti :
  1. Kisar bawang besar, bawang putih dan udang kering.
  2. Panaskan sedikit minyak dan masukkan bahan kisar tadi.
  3. Bila bawang sudah wangi / masak masukkan sos tiram dan garam
  4. Kemudian masukkan kobis dan carrot.
  5. Bila sayur sudah layu masukkan taugeh, kacau dan tutup api.
selamat mencuba!!!

1 comment:

  1. aku pernah cuba buat kulit popia basah ni.. manjang je tak jadi.. last2 aku buat lempeng saje.. hehhee..

    (mak aku kate dulu tangan aku tak bedung, tu pasal tak pandai masak.. hehehhe..)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...