Jan 4, 2012

Roti Jala

Ain Fajar | 7:18 AM | 0Comments |
Assalamualaikum..
Sarapan pagi sewaktu en.abg cuti crismas yang lepas..dah lama tak buat, rasa teringin nak makan so usahakan projek menjala di pagi hari..acuan tak ada, saya berusaha untuk mencari acuan untuk buat roti jala..senang didapati dan harganya murah je..sesiape nak beli carilah kat kedai barangan plastik dan harganya RM1 je..
 Haaa ni lah rupa acuan roti jala. Rasanya kat pasaraya pun ada jual acuan ni. Layannn..

Ok dah kenal mcm mn rupa bentuk acuan roti jala, jom kita tengok resepinya pulak..sebelum ni saya ada post resepi roti jala juga tapi kali ni lain sikit..lebih sedap dan asli rasanya..warnanya pun asli..biasa roti jala warna kuning kan, so kali ni mmg warna kuning, sebelum ni saya buat warna hijau cantik juga..warna tak mempengaruhi rasa cuma pandangan mata kita je..jomlah semak resepi..


Bahan-bahannya:

2 cawan tepung gandum
1 cawan air
1 cawan santan pekat
1 biji telur
Pewarna kuning
Secubit garam.

Cara-caranya:
·         Campurkan semua bahan dan blend hingga sebati.
·         Peram setengah jam.

·         Sementara tu leh la buat kuah kari atau sardin.
·         Ok, boleh la kait roti jala tu.
·         Cedok menggunakan acuan  roti, kemudian pusing pantas atas kuali yang telah di leser sedikit minyak. (Boleh guna kuali non stick, kuali leper atau kuali biasa.)
·         Apabila roti jala dah kering, angkat dan boleh terus lipat atau gulung.

Mudah je kan?..
 Ni gambar roti jala yang baru saya buat atas kuali leper.


Selamat mencuba.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...