Jan 4, 2012

Ayam masak lemak cili api

Ain Fajar | 7:24 AM | 0Comments |
Assalamualaikum.
Menu makan makan malam, simple je..tapi sedap...saya pun tak pernah buat ayam masak lemak cili api ni..baru nak try..mmmm ok la..sedap..ada yang nak cuba? Ok jom semak resepi..

Bahan-bahannya:
½ ekor  ayam
2 biji kentang
1 helai daun kunyit
Garam secukupnya.
1 batang serai
1 cawan santan pekat

Bahan kisar :
10 biji cili padi
1 inci halia
3 biji bawang merah
1 cawan air

Cara-caranya ;
·         Kisar bahan-bahan yang perlu dikisar.
·         Masukkan semua bahan kecuali santan, masak hingga ayam dan kentang empuk.
·         Masukkan garam dan santan. Sentiasa kacau hingga mendidih.
·         Siap!! Boleh makan dengan nasi putih...Lazzzatt..
Selamat mencuba!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...