Dec 9, 2011

Mee Bandung

Ain Fajar | 5:39 AM | 0Comments |
assalamualaikum.

n3 kali ni, masih lagi makanan simple yang senang dan cepat tapi masih kekalkan keseleraan anak tekak sekeluarga..mee bandung yang saya buat ni versi arwah mak saya..macam biasala kan..dulu masa mak tukang masak kat restoren, inilah mee bandungnya..sememangnya mendapat permintaan pelanggan.
nampak menyelerakan kan...memang pun..hahaha sape nak puji kalau bukan diri sendiri..yang penting en.abg kenyang..ok tak leh citer banyak, jom layan resepi..

Bahannya : )
1 bungkus mee kuning (celur)
2 biji telur
kubis bunga
1 batang kecil lobak merah
3 putik anak jagung
1 pokok sayur sawi

10 tangkai cili kering *
5 biji bawang merah kecil *
2 ulas bawang putih *
2 sudu besar sos tiram
3 sudu sos cili
1 sudu besar kicap pekat
10 ekor udang sederhana besar
sedikit ayam (potong dadu)
1 cawan air ( + -)
gula
garam

cara-caranya :)
  • Blend bahan yang bertanda *. tumis hingga cili agak garing, masukkan ayam, sos tiram dan sos cili gaul sebati. perasakan gula dan garam
  • masukkan air dan masukkan sayur-sayuran tunggu hingga lobak lembut. 
  • masukkan udang dan sayur sawi. apabila udang berubah menjadi merah masukkan telur tunggu telur beku sedikit dan gaul sebati.
  • sebelum di hidangkan rasa gula dan garamnya mengikut citarasa masing2.
  • boleh dihidangkan besama mee yang telah di celur dan hias dengan daun sup dan bawang goreng jika suka..
selamat mencuba!!!

selamat mencuba..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...