Dec 9, 2011

Telur pedas

Ain Fajar | 5:07 AM | 0Comments |

Assalamualaikum.
Telur pedas ni menu masa saya study dulu..senang dan jimat kos dan masa. Goreng telur, pastu potong2 dan campak itu ini dah siap..yang penting kenyang perut dan boleh study dengan hati yang tenang..ye lah perut dah kenyang ape yang nak di hafal senang je nak masuk..saje lah saya letak resepi ni, mana tau ada anak bujang yang tengah study, tak pun anak dara yang baru nak cuba pegang sudip dan kuali..leh la try..bagi yang dah pandai macam chef tu pejam mate je lah yer...tak pun macam saya ni, makan untuk anak tekak sendiri dan malas pula nak masak so masak je macam ni..jangan tak caye mesti tambah punye lah..hehehe...
 layan mcm mn nak buatnya.
Bahannya : )
2 biji telur
2 biji bawang kecil
1 ulas bawang putih
3 biji cili padi
1 sudu makan sos tiram
5 sudu sos cili
Air secukupnya.
Gula dan garam secukupnya.

Cara-caranya : )

  • Goreng telur mata kerbau. Ketepikan.
  • Potong bawang putih, bawang merah, dan cili padi. Tumis bahan yang telah di potong.
  • Masukkan sos tiram dan sos cili.
  • Kacau dan masukkan air ikut kepekatan yang kita nak. Perasakan dengan gula dan garam.
  • Siap~!!!
Selamat mencuba!!
Kalau kawan2 rasa, mesti dorang cakap pandai toi ko masak kan...hahaha lawak2..





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...