Dec 9, 2011

kuih kemboja

Ain Fajar | 4:31 AM | 0Comments |
Dah lama buat kuih ni tapi tak berkesempatan untuk post. Kuih ni bila kita guna loyang yang besar ianya di panggil kuih bakar pandan, tapi bila kita menggunakan loyang bentuk bunga kelopak 8 ni dah jadi kuih kemboja pulak ..nak ikutkan kuih kemboja rasanya sangat manis dan terasa telurnya..itu yang tak berape suka tu, so saya guna resepi kuih bakar pandan dari Chef Hanieliza untuk di jadikan kuih kemboja...tetapi jika suka manis dan rasa telur macam kuih kemboja asli leh tambah telur dan gula lagi.

 
Kuih bakar pandan/ kuih kemboja.

2 cawan tepung gandum
2 cawan santan pekat (1 biji kelapa)
3 cawan jus pandan (10 helai daun pandan yg di kisar)
3 biji telur
1 cawan gula pasir
2 sudu makan marjerin cair
1 sudu teh garam
½ sudu pewarna hijau
2 sudu makan bijan. (goreng tanpa minyak)



Caranya: )
·         Panaskan ketuhar 180c selama 15 minit dengan api atas dan bawah.
·         Gaulkan semua bahan dan tapis.
·         Loyang di sapu dengan minyak, tuang adunan ke dalam loyang, dan taburkan bijan.
·         Bakar selama 20minit. Atau hingga masak. Jika menggunakan loyang 8 x 8 bakar selama 1 jam.
·         Apabila sejuk boleh di potong dan di hidangkan.

Rasanya sedap, sesuai untuk makan petang, kenduri-kendara.
Selamat mencuba!!






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...