Dec 9, 2011

Sardin Jawa

Ain Fajar | 5:01 AM | 0Comments |
Assalamualaikum..
Sardin Jawa? Ape yang best dan istimewanya..sebenarnya saya pandai2 je letak nama tu..bukan ape saya guna bahan asas yang selalu mak mertua saya guna untuk menumis..en.abg suka tumisan dari bahan asas tersebut..so saya try dalam masakan untuk sardin ni..saje nak cuba citarasa yang berbeza..ok jom intai resepi, mudah je tetap tak lari dari penyediaan sardin yang dah jadi lumrahnya lauk mudah sedia..

Bahannya : )
3 biji bawang kecil
2 ulas bawang putih
5 biji cili padi
Sejemput ikan bilis
air (saya guna tin sardin tu je)
1 tin sardin saiz kecil.
1 sudu makan sos tiram
Minyak untuk menumis.

Cara-caranya :)
  • ·         Tumbuk bawang putig, bawang merah, cili padi dan ikan bilis hingga lumat . kalau nak senang blend je guna blender kering.
  • ·         Tumis bahan yang telah ditumbuk lumat hingga sedikit garing. Masukkan sos tiram kacau.
  • ·         Masukkan sardin dan air. Kcau sebati.
  • ·         Perasakan dengan gula dan garam.
  • ·         Dah siap! Boleh dihidangkan dengan nasi putih yang panas..memang terangkat.

Komen en.abg : “mmmmm sedap tak rasa macam makan sardin pun, lain kali buat lagi yer. Hari2 pun boleh”. Tak caye? Cubalah..
 
 Selamat mencuba!!!



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...