Apr 17, 2012

Ayam percik lada hitam.

Ain Fajar | 2:22 AM | 4Comments |
Assalamualaikum

menu tengah hari tadi..pekena ayam percik pulak..ayam percik pantai timur guna kuah santan..sangat berbeza dengan ayam percik yang ada kat area perak..so teringin nak cuba macam mana ayam percik yang berkuahkan santan..semalam masa jejalan ke dapur Ina (pesona), saya tengok dia dok tayang ayam percik rase teringin nak buat juga..tapi saya tak amik pulak resepi dari blog beliau..masa nak masak tadi malas pula nak on ternet semata-mata nak amik resepi...so saya guna resepi Chef Hanieliza..chef yang terkenal tu beliau dok area kijal Terengganu dah dekat dah dengan saya..tapi tak de rezki nak jumpa atau terserempak..xpe lah.. tengok ayam percik saya yang tak berapa nak cantik tu..hahaha janji sedap..


nampak menyelerakan..berbaloi bila kena tunggu masa yang lama untuk membakarya..maklumla bakar guna api dapur gas je, ayam pula saya guna saiz yang besar so susah sikit nak masak bahagian dalamnya..saya cucuk dan kelar2kan supaya api masuk kedalam...barulah sedang elok je masaknya..


ok jom kita tengok resepi .

Ayam percik lada hitam.
sumber : Chef Haneliza

Bahan-bahannya:

3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup
5 biji cili padi
1 sb lada hitam
2 batang serai
2 cawan santan pekat
1/2 ekor ayam.

cara-caranya : )
  1. blend bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, kunyit hidup, cili padi
  2. masukkan semua bahan dalam kuali.
  3. masak hingga ayam separuh masak.
  4. angkat ayam dan bakar atas api hingga masak sepenuhnya.
  5. masak kuahnya hingga kuah pekat tambah gula dan garam ikut kesesuaian.
  6. apabila ayam masak hidangkan dan tuang kuah santan atas ayam.

siap!
selamat mencuba!!

4 comments:

  1. Tentu sedap ni..ada lada hitam..wangiii..gue suka lada hitam..

    ReplyDelete
  2. tgk ain punya ayam percik ni..rasa lapar baliklah..ni yg nak buat lagi. hehehe..

    ReplyDelete
  3. rehal: mmg sedap rehal try la buat nnt

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...