Agak lama juga saya tak bercerita tentang anak2, mereka membesar dengan sihat dan bijak sama seperti kanak-kanak yang lain. tak ade cerita yang luar biasa tentang mereka berdua..kali ni nak cerita la sikit tetang c fina yang telah meninggalkan tandas bergeraknye..hehe ape tu..nak cerita macam mana si fina dah tak pakai pampers sepenuhnya. sebenarnya dah lama nak cerita pasal ni, ye la kan masa c kakak meninggalkan pampersnya ade ceritanya tersendiri..ibunya hampir putus ase sebab dah malas nak marah dan mencubit..jadi macam tak best la kalau kisah c fina tak di critakan di sini..ianya hanya untuk tatapan kenangan untuk dorang bila dah besar nanti..saya tak yah nak cerita banyak suruh dorang bace je sendiri kat blog ibunya...
sebenarnya c fina dah tak pakai pampers 4 bulan yang lepas..bila umur dia genap 2 tahun, c fina mula petah bercakap.kurang pelatnya..ape yang kakaknya cakap itula yang dia ajukkan..sampai ke tahap bila kakaknya cakap gagap pun dia ikut. tapi saya dan en.abg cepat2 tegur jangan tiru kakak cakap gagap..alhamdulillah c fina petah dan bercakap dengan elok dan mudah menyebut perkataan yang susah dan panjang..dalam masa yang sama c kakak pun mula bercakap elok.tak pelat dan gagap lagi..tak tau lah kenapa dan punca c kakak gagap, nasib la tak berterusan..sekarang keduanya petah bercakap sampai kami berdua tak larat nak layan soalan2 dari dorang..syukur..
kisahnye, kakak sibuk nak ke sekolah, sebab ramai kawan sebayanya dah sekolah..macam biasala kan budak suke meniru2, c fina pun sibuk nak sekolah juga..tiap kali dia cakap adik pun nak g sekolah, saya mesti balas budak sekolah tak pakai pampers nanti malu..c fina mula terdiam..mungkin dia berfikir..kadang2 tu dia mula la buat perangai lepas mandi tak nak pakai pampers..masa tu saya pelik juga kenapala budak ni buat perangai macam tu..c fina ni agak degil sikit kalau dia kate A, mesti A la kita buat. kalau tak memang dia guling2, kerjakan kakaknya. jadi kadang tu saya ikutkan juga kehendak dia..tapi tercicirla kat lantai..baru 2 tahun belum faham lagi nak tahan kencing macam mana..memang kena cubit la juga..bila dah kena cubit dia serikla untuk 2 3 hari..elokla dia pakai pampers. bila dia dah lupe kesakitan cubitan tu dia buat lagi perangai tak nak pakai pampers.
Dalam masa yang sama saya ade juga ajar c fina macam mana nak membuang kat tandas..bila dia tengok c kakak membuang di tandas c fna mula belajar dan cuba2..sampaila umur c fina 2 tahun 4 bulan..c fina dah mula pandai kencing kat tandas..dan kadang2 tu dia pandai cakap nak kencing..dari situ saya mula kan operasi training c fina tak pakai pampers sepenuhnya..dalam tempoh seminggu ade la 2 3 kali dia tercicir kencing kat lantai..itu di sebabkan tak nak pegi tandas..mulanya saya buat macam training c kakak, tiap sejam ajak g tandas..masalahnye bila di ajak tu, dia geleng kepala, memang tak nak ke tandas, paksa pun kate tak boleh..tu yang geram tu..saya ugutla kalau kencing kat lantai pakai pampers dan tak boleh pegi sekolah..dia diam dan berjanji..dalam seminggu tu dia dah tak kencing kat lantai dan dah pandai cakap nak kencing..alhamdulillah seminggu je traning yang c fina lalui..tapi bab buang yang besar pulak, pandai nak cakap nak bilak, tapi tak keluar pulak bila duduk kat tandas, jadinya bila nak membuang kena pakai pampers..saya guna lampin moden, so jimatla tak beli pampers..malam saya masih gunakan c fina lampin moden..kadang dia kecing dan biasanya tak kencing malam..mungkin sebab c fina kurang minum susu, dia akan minum susu sebelum tido dan bangun tido sahaja.
c fina mula pandai membuang kat tandas bila balik kampung..ade la juga sekali dua dia lepas kat dalam seluar..atas alasan ibu sibukla, ibu tengah solat la..tak tau nak cakap kat orang lain..padahal ayahnnya ade..masa kat kampung saya bagi alasan ibu tak bawa pampers adik, jadi nak tak nak kena membuang kat tandas..lama2 dia pandai..bila balik ke terengganu saya cakap pampers adik ibu tinggal kat kampung, bagi kat baby..jadinya dari situ c fina mula biasakan diri membuang segalanya kat tandas..
alhamdulillah c fina senang nak lepas dari pakai pampers..kira awalla dia tak pakai pampers..masa nak berentikan c fina dari susu badan pun senang..serba serbi senang..genap c fina umur 2tahun setengah c fina sepenuhnya tak pakai pampers..dan dia selalu cakap adik dah boleh pegi sekolah..tahun depan kenala hantar c fina ke sekolah dengan kakaknya..c fina ni walaupun semuanya senang, mudah mengalah, lebih berdikari, tapi ade perangai pasang surutnya..kalau dah nak sesuatu mesti kena dapat, tak boleh di pujuk..kalau dah ngamuk memang susah nak reda, kalau bergaduh dengan kakaknya dia mesti menang, selagi kakaknya tak nangis selagi tu dia kejar..fina oh fina..harap2 bila dah besar fina jadi budak baik, solehah, dan bijak..aminnn...
No comments:
Post a Comment