Nov 20, 2011

Roti Jala

Ain Fajar | 6:15 AM | 0Comments |
Assalamualaikum
Lama tak buat roti jala ni, lepas kenduri raya haji yang lepas banyak baki daging masak kari, so saya pun buatla projek menjala dalam kuali. Biasa  saya buat warna kuning tapi memandangkan pewarna kuning tak ada so letakla warna hijau menarik juga kan. Senang je nak menjala roti ni asal kan bancuhannya sedang2 elok je cairnya..

Ramai yang suka makan roti jala tapi orang kate susah dan leceh nak buat. Ada juga Kate tak tau. Nak menjala.. Senang je asal ada acuannya. Acuannya juga mudah di dapati kat mana2 pasaraya dan kedai barangan plastik. tak sempat saya nak ambil gambar acuan kuih jala, so tak dapatla saya nak tunjuk mcm mn rupa parasnya..next time la yer..
Ok jom kita skodeng bahan2 yang saya guna sangat mudah dan ringkas.

sumber resepi : majalah rasa

bahannya:)
  • 2 cawan tepung gandum
  • 5 sudu besar susu tepung
  • beberapa titik pewarna kuning / hijau
  • 1 at garam
  • 2 cawan ain santan / air bias
cara-caranya :
  • Masukkan semua bahan dalam blender. blend hingga semua sebati.
  • Peram selama setengah jam. sediakan kuali dan acuan roti jala untuk menjala di atas kuali leper. (kuali biasa pun boleh)
  • Jala dengan api yang perlahan. masukkan adunan dalam acuan dan pusing perlahan atas kuali sehingga ianya nampak bercantum antara satu sama lain.
  • boleh dihidangkan dengan kuah kari..


mudah je kalau dah selalu buat dan tau tekniknya..nak tau tekniknya cubala buat..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...