May 14, 2013

cream puff II

Ain Fajar | 3:23 AM | 2Comments |
Assalamualaikum.

Agak lama juga saya tak buat cream puff nie. jarang2 sangat saya buat cream puff nie..walaupun dah berjaya 2 kali percubaan saya masih agak fobia nak buat cream puff nie..mana taknya hampir 5 6 kali saya cuba sebelum berjaya adalah tak menjadi..huhu..memangla fobia..mana la tau kalau dah lama tak buat hilang skill nya pulak kan..bila kawan saya call yang dia nak saya buat sejenis kuih yang lembut dan intinya kastard. dia tak tau namanya bila saya sebut cream puff ker..dan kawan saya haa ye la tu..nak oder cream puff dan dia yakin yang saya mesti tau buat...hehe memang saya tau buat tapi takut tak menjadi pulak...tapi walau macam mana pun saya menerima oder tersebut..walau pun tak berapa nak yakin.


tadaaaa, nilah hasilnya..kawan saya nak 75 biji..kena buat dalam 2 1/2 adunan dari resepi asal..

nak tau yang cream puff nie menjadi bila dalamnya berongga @ berlubang, ringan dan semestinya lemak berkrim..sedap la bila mengigitnya.. mana2 resepi yang terdapat di blog masakan semuanya lebih kurang sama je, cuma kuantitinya sedikit berbeza..walau mana2 resepi yang kita guna, kalau teknik dan peraturannya kita ikut dan patuhi semestinya menjadi..kalau tak tau teknik memang susah nak menjadi dengan jayanya..macam saya la sebelum nie, kurang ilmu di dada..perlu tau tips2 nya.

ok resepi kali nie saya cuba dari you tube..saya perlu tau tekniknya seperti belajar di dalam kelas..kalau ade yang nak melihat vidionya, taib je cara-cara membuat cream puff..mesti bayak..tapi kena pandai pilih mana yang sesuai dan faham..okeyyy..


meh semak resepi..

bahan-bahan puff:

500gm ml air
200gm butter
250gm tepung
6 biji telur

bahan untuk inti kastard:
 70gm tepung kastard ( boleh tambah 20gm jika nk inti pekat)
10 sb gula
14gm butte
3 cawan air
1 biji telur

 cara-caranya: 

masukkan air dan butter ke dalam kuali @ periuk, bila butter cair tutup api
masukkan tepung gaul hingga menjadi doh dan pasang api semula hingga wujud kerak nipis di tepi periuk, sejukkan
masukkan telur satu persatu dan kacau hingga sebati @ sehingga adunan berkilat dan licin
(nak guna mixer pun boleh.

masukkan ke dalam piping bag dan nozel bintang dan paipkan atas dulang yang telah di sapu mentega.
boleh juga gunakan sudu sahaja.
bakar pada suhu 200c 15 minit pertama dan turunkan suhu 170c 15 minit kedua. hingga cream puff kekuningan @ masak.



cara membuat filling kastard:

larutkan tepung dalam air dan masak atas api besama bahan lain
masak hingga adunan pekat.
bila cream puff siap di masak lubangkan sedikit cream puff dan paipkan inti ke dlm cream puff.
boleh juga potong separuh dan letak inti menggunakan sudu.
taburkan gula aising di atas cream puff.

mudah je kan, tapi kena bayak kali buat..kalau berjaya buat pertama kalinya alhamdulillah, jika x menjadi cuba lagi

selamat mencuba








2 comments:

  1. hai, salam ain..

    tahniah la cream puff tu menjadi dan sangat cantik kejadiannya..gebu..

    ReplyDelete
  2. hihi,hampir putus asa juga sebenarnya ni

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...