Showing posts with label sarapan. Show all posts
Showing posts with label sarapan. Show all posts

Nov 14, 2012

cekodok ketam

Ain Fajar | 5:56 PM | 0Comments |
Assalamualaikum.

Alhamdulillah, saya masih berkesemPatan uPdate daPur yang dah bersawang ni..insya allah saya boleh aktif balik berkongsi cerita  dan resePi  yang dah Pun saya cuba. sebab en.abg setuju masukkan wifi kat kamPung saya nie..line brodband memang tak de la kat sini..jadi terPaksala guna Perkhidmatan TM..
oklah, sarapan ape yer Pagi nie..awal Pagi saya da g jalan2 dok intai daPur alam maya yang saya follow..tetibe mata saya terhenti bila terbaca cekodok isi ketam kat blog my kitchen ...memang kegemaran kakak nie..bila tengok resePi semua bahan ade..terus ke daPur Potong2, godek2 goreng dah siaP Pun..dah makan dah Pun..

ni la makanan yang maksudkan tadi..
sedaP, lembut, dan senang sangat nak sediakan. lbh kurang 10minit je

jom skodeng resePi..kot2 ade yang teringin nak try..taPi try la Pasti tak mengecewakan. tq Pada anymz.


sumber ; My kichen by Anymz

Bahan-bahannya.

50gm isi ketam
10gm jejari kentang -saya tak letak
360gm tePung gandum
sebiji bawang besar
sebiji telur
1 ketul kiub ikan bilis
garam secukuPnya.
air

cara-caranya.
  • Potong dadu, isi ketam dan bawang merah.
  • camPurkan semua bahan dan bancuh
  • Pastikan adunan tidak terlalu lembik..bila kita anggak guna tangan ianya tak mengalir.
  • jemPut tePung dan goreng hingga kekuningan.
oklah yer, selamat mencuba?!!

May 6, 2012

Roti Jala

Ain Fajar | 12:01 AM | 9Comments |
Assalamualaikum..
selamat pagi, eh dah pukul 2 rupanya, cuaca mendung je tu yang ingat masih pagi..nak post n3 sarapa pagi tadi pulak tu, nie yg ingat pagi je lagi..hhhhmmm tak pe lah yer...
semalam masa g jalan kat dapur Damai Qalbu, Rohah dok tayang la roti jala...hish! pantang toi nengok roti jala nie mesti nak..memandangkan masa kemas dapur tengok ade baki kuah kari sotong terusla nak buat roti jala, cedok resepi rohah..mmmm memang sedap dan terase kelemakan roti nie ditambah dengan kari yang berlemak juga..nanti badan pun naik berlemak..huhuhu takup la tapi nak makan juga dan fov kan..lemak pun lemak la, janji dapat makan, nnt kalau dah tak boleh makan rugi n menyesal pulak

ROTI JALA

By 'ain : resepi Kehidupanku

bahan-bahannya:
2cawan tepung gandum
1 1/2 cawan air
1cawan santan
1/4 sk garam
1bj telur
minyak

cara-caranya:
satukan semua bahan kecuali minyak.
masuk dalam blender dan mesin hingga adunan sebati.
tapis adunan supaya ianya senang untuk keluar dari acuan time kita menjala nanti.
masukkan dalam acuan dan pusing2 laju atas kuali yang telah di leser minyak.
lipat segi tiga atau gulung.

siap dan boleh dihidangkan dengan kuah kari..
nyum nyummmy!!

selamat mencuba!!






May 3, 2012

cekodok kentang

Ain Fajar | 7:23 PM | 10Comments |
Assalamualaikum.
selamat pagi...dan sarapan ape pagi nie..pagi nie saya sarapan cekodok kentang..semalam masa jalan kat dapur k.yatie (sinar kehidupanku), ade la do tayang cekodok yang gebu, rase teringin pulak nak cuba kegebuannya..dah ade kentang mesti lembut..memang hasilnya lembut di dalam dan rangup di luar conform sampai petang pun masih lembut..bagi yang suka makan kentang dan ikan bilis memang sesuaila..cekodok nie pun sesuai sangat utuk kanak-kanak dan bayi..lembut dan berkhasiat..tapi anak saya tak suka pulak ade rase ikan bilis, kalau udang tu laju je la dia..gaye macam kaye je nak makan yang mahal2..hhhmmmm kakak oh kakak..
jom sarapan cekodok dengan teh O, hehehe bila tengok mug tu memang rindu je zaman sekolah..kenangan mug yang saya dapatkan dari koprasi sekolah..masa saya jaga ko'op sekolah dulu hari2 bodek cikgu nak mintak mug lambang sekolah nie nak wat kenangan..susah cikgu nak bagi, bila last2 jage ko'op baru cikgu bagi dengan beratnya..kedekut toi bukan nak amik banyak seijik je...bertahun2 saya jaga mug nie, kala pecah nie xde dah la gantinya, kalau ade pun mana nak sama dengan satu nie..banyak kenangannya..
 
haaa nie lagi nampak JOHARIAN..setau saya banyak sekolah yang bernama KHIR JOHARI kat negeri2 lain, tapi sekolah saya terletak di sungai sumun perak..bayak kenangan walaupun saya hanya 4thn di sekolah tu..
 

ok2 dah dah tu..kita tengok resepi yang saya copy dari blog k.yatiememories..minta izin yer k.yatie.

sumber : sinar kehidupanku
Bahan-Bahan
  • 2 cwn kentang- yg telah di rebus dan toskan
  • 2 cwn air
  • 1/2 biji bwg besar*
  • 2 ulas bwg putih*
  • 1 tangkai cili merah*
  • 1/2 cwn ikan bilis*- buang kotoran, cuci dan toskan(*bahan2 di kisar halus)
  • 2 1/2 cwn tepung gandum
  • Daun sup/bawang (di hiris halus)
  • sedikit garam
  • Minyak untuk mengoreng
Cara Membuatnya
  1. Blend kentang rebus bersama air, masukkan sekali ikan bilis, cili merah, bwg putih dan bwg besar...kisar sebati.
  2. Masukkan tepung gandum ke dlm bekas dan tuangkan bahan2 kisar tadi...gaul sebati.
  3. Campurkan semua bahan2 hirisan, garam dan gaul sebati.
  4. Panaskan minyak dan goreng adunan cucur hingga masak.
  5. Saya gunakan tangan saja utk men=jemput cucur ini....pastikan jari di basahkan sedikit dngn air supaya mudah. 

Selamat Mencuba...

Sep 25, 2011

lempeng kelapa

Ain Fajar | 5:45 AM | 0Comments |
Assalamualaikum..
Lempeng kelapa..rasanya dah biasa bagi orang jawa di Malaysia ni..tapi saya tak biasa makan, ini kali pertama saya buat dan makan..arwah mak tak pernah buat sarapan yang jenis macam ni, kat tempat lain tak pernah jumpa plak..mmg tak jual pun..so bila saya belek2 buku resepi chef  Hanieliza rasa teringin nak rasa..so saya buat petang semalam..kebetulan ada kari ayam jiran sebelah bagi..so jadi la projek saya melempeng petang semalam..rasanya sedap lemak2, en.abg yang baru makan nasi pun layan 3 keping, anak2 pun suka..lepas ni boleh la melempeng kelapa lagi tak rugi parut kelapa penat2..maklumla kan parut orang tak ada mesin parut kelapa so nak kelapa parut kenala parut secara manual, abis sumpek-sumpek kuku saya..
Ini lah rupanya..jom semak resepinya.
Bahan-bahannya :)
1 cawan kelapa parut
1 cawan air kelapa muda (jika ada) saya ganti dengan air biasa
2 cawan tepung gandum
1 sk serbuk penaik
1 biji telur
1 sk garam
1 cawan air suam
Sedikit marjerin.

Cara-caranya:
  • Gaul semua bahan. Bancuh sedikit cair, sekiranya pekat tambah sedikit air.
  • Panaskan kuali dan leserkan sedikit marjerin
  • Letak satu senduk adunan dan tutup kuali.
  • Masak dengan api yang paling minimum.
  • Balikkan dan angkat jika warna berubah menjadi kekuningan.boleh hidangkan dengan sebarang gulai, madu dan susu pekat.. choclate cair pun sedap juga kot hehehe...
  •  
Selamat mencuba!!!
Memang sedap..

cekodok pisang kelapa

Ain Fajar | 5:34 AM | 0Comments |
Assalamualaikum..
N3 kuih raya dah tak ada, so masak makanan biasa2 je tapi suka saya nak syer kat sini coz hasilnya memuaskan hati..kalau sesiapa try pasti tak menghampakan...hehehe ayat yakin ni..ala buat cekodok je tapi kan ada sedikit tambahan dalam bahan yang membuatkan cekodok ni sedap..
Nampak rupanya tak ada beza Cuma rasanya saja agak berbeza dan sedap...saya puji ni bukan apa, sebenarnya saya tak bape suke makan cekodok pisang, kalau makan mesti cicah sambal, tapi kali ni memang sungguh enak dimakan begitu sahajaaaa...
Dah jom skodeng bahan-bahannya. Sumber ilham dari chef hanieliza..

Bahan-bahannya:)
2 cawan tepung gandum
1 cawan pisang (dilenyek)
¾ cawan gula pasir (jika suka @ leh kurangkan kepada ½ cawan)-tiada dalam resepi asal.
1 cawan kelapa parut.
2 cawan air santan
Secubit garam
1 sk serbuk penaik.
 
Cara-caranya :
  • Gaul semua bahan, kemudian jemput kedalam minyak yang telah dipanaskan.
  • Goreng hingga masak.
  • Sedia di hidangkan.
  •  
Sesuai untuk sarapan pagi, minum teh dan minum larut malam..
Selamat mencuba..

Jun 22, 2011

cekodok pisang

Ain Fajar | 9:11 AM | 1Comments |
Assalamualaikum..
halloooo!!pagi tadi sarapan ape? saya sarapan cekodok pisang..maklumla kan baru balik dari kampung mesti bawa pisang..setandan pisang mak mertua saya bawakan, haaa hambeekk engko...selagi ada ruang kat bonet tu selagi tu la dia sumbat...goreng sudah, buat kek sudah...so pagi tadi tak tau nak sarapan ape so buat cekodok pisanglah pulak...ek elleeeeh cekodok pisang pun nak post...hahaha suka hati teman le blog teman ye dak?!!hihihi...bagi yang dah tau buat tu pejam mata sudahla yer...tapi jgn tak caye kalau ada yang tak tau buat cekodok pisang...betul tak??..saya ada contoh terdekat...ops!!tak leh bagi tau nnt muncung mulutnya sampai boleh wat tempat sangkut baju hehehe..

haaa ni lah cekodok teman...bulat2 tau, gebus jer..ha ada bahan yang saya tambah bagi dia gebu macam kek pisang...sedaaaaap...tak cayer try la...en.abg pegi keje terbayang2 tau dia kate rugi tak bawa bekal...sebenarnya mmg dah lama teringin nak buat cekodok montok lagi gebu ni, hari ni baru tersampai hajat tu..resepi saya tengok kat blog a.mat gebu..se,estinya yang gebu2 je kan..ok jom kita tengok resepi bulat2 dari tiffin biru.tq yer a.mat gebu akan resepi ni.tapikan saya tak ikut cara-caranya dengan betul, bahan-bahannya pun saya tak sukat..so kejadiannya tak semontok cekodok a.mat gebu..

BAHAN-BAHANNYA :-)
10biji pisang
3/4 camca teh soda bicarbonat
3sudu gula perang
1 cawan tepung gandum (saya guna tepung kek blue kay)
1/4 camca teh garam halus
Minyak untuk menggoreng

CARA MEMBUATNYA : )
  • Kupas pisang, lecek bersama gula, garam dan soda bikarbonate hingga hancur. Masukkan tepung dan gaul rata hingga sebati. Perap 30 minit.
  • Panaskan minyak pada tahap kepanasan sederhana. Basahkan hujung jari dalam air, jemput kan adunan tadi ke dalam minyak panas, pastikan jangan banyak2, sebab ianya akan kembang. Tapi ini bergantung pasa saiz kuali yang anda gunakan.
  • Goreng hingga kuning keemasan pada seluruh bahagian cekodok. Angkat dan toskan. Letak atas paper towel dan biar minyak terserap.
selamat mencuba! bagi yang teringin mengubah rasa cekodok pisang

May 8, 2011

Cekodok Jagung

Ain Fajar | 7:24 AM | 0Comments |
Assalamualaikum..
N3 kali ni nak post minum petang semalam, penat2 balik dari berbelanja barang dapur tetibe nak makan cekodok..fikir2 dan tengok pada bahan terhasillah cekodok jagung ni..ilham ni datang bila saya tengok koleksi dari buku chef Hanieliza yg tak asing lagi dalam dunia bloger masakan..
Senang jer..rasanya memang tak mengecewakan, sedaaaapp! C kakak mmg suka makan cekodok mmmm ape lagi mengadap je tak pandang org lain dah..siap simpan lagi tok makan malam..



Ok lah jom skodeng resepi..

Bahan-bahan : )
1 cawan jagung manis
3 cawan tepung gandum
20 ekor udang sederhana besar
1 ikat daun kucai
Sedikit serbuk kunyit
2 sk garam
1 sb baking powder
1 biji telur
1 cawan air suam

Cara-caranya : )
  • Campurkan semua bahan dan bancuh.
  • Panaskan minyak dan sudukan bancuhan tepung,
  • Goreng cekodok hingga kekuningan.
  • Toskan dan sedia untuk di hidangkan..
Senangkan? Selamat mencuba!!!

Mar 10, 2011

sarapan ape??

Ain Fajar | 6:32 PM | 0Comments |
Assalamualaikum...
salam jumaat..sarapan ape pagi yer?mmmm ada pisang kat dapur bekal dari mak metua dr kampung ms pegi klang semalam..goreng lah!!tapi masih muda, tak pe tumbuk rempah2 pas tu goreng cicah sos..satle!!
ha nilah sarapannya..makan pisang, minum air kopi..mcm dok kapung hihihi...tak yah letak resepi lah yer saya dah post pun sebelum ni...saya bg tau je ape rempah ratusnya..rempahnya ada bawang putih, bawang merah, ikan bilis, jintan manis dan biji ketumbar..oh! garam jangan lupe..sume tu leh agak2 je..tak salah kita buat dia kan..
oklah pendek je n3 kali ni...byby.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...