Sep 25, 2011

cekodok pisang kelapa

Ain Fajar | 5:34 AM | 0Comments |
Assalamualaikum..
N3 kuih raya dah tak ada, so masak makanan biasa2 je tapi suka saya nak syer kat sini coz hasilnya memuaskan hati..kalau sesiapa try pasti tak menghampakan...hehehe ayat yakin ni..ala buat cekodok je tapi kan ada sedikit tambahan dalam bahan yang membuatkan cekodok ni sedap..
Nampak rupanya tak ada beza Cuma rasanya saja agak berbeza dan sedap...saya puji ni bukan apa, sebenarnya saya tak bape suke makan cekodok pisang, kalau makan mesti cicah sambal, tapi kali ni memang sungguh enak dimakan begitu sahajaaaa...
Dah jom skodeng bahan-bahannya. Sumber ilham dari chef hanieliza..

Bahan-bahannya:)
2 cawan tepung gandum
1 cawan pisang (dilenyek)
¾ cawan gula pasir (jika suka @ leh kurangkan kepada ½ cawan)-tiada dalam resepi asal.
1 cawan kelapa parut.
2 cawan air santan
Secubit garam
1 sk serbuk penaik.
 
Cara-caranya :
  • Gaul semua bahan, kemudian jemput kedalam minyak yang telah dipanaskan.
  • Goreng hingga masak.
  • Sedia di hidangkan.
  •  
Sesuai untuk sarapan pagi, minum teh dan minum larut malam..
Selamat mencuba..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...