May 8, 2011

Cekodok Jagung

Ain Fajar | 7:24 AM | 0Comments |
Assalamualaikum..
N3 kali ni nak post minum petang semalam, penat2 balik dari berbelanja barang dapur tetibe nak makan cekodok..fikir2 dan tengok pada bahan terhasillah cekodok jagung ni..ilham ni datang bila saya tengok koleksi dari buku chef Hanieliza yg tak asing lagi dalam dunia bloger masakan..
Senang jer..rasanya memang tak mengecewakan, sedaaaapp! C kakak mmg suka makan cekodok mmmm ape lagi mengadap je tak pandang org lain dah..siap simpan lagi tok makan malam..



Ok lah jom skodeng resepi..

Bahan-bahan : )
1 cawan jagung manis
3 cawan tepung gandum
20 ekor udang sederhana besar
1 ikat daun kucai
Sedikit serbuk kunyit
2 sk garam
1 sb baking powder
1 biji telur
1 cawan air suam

Cara-caranya : )
  • Campurkan semua bahan dan bancuh.
  • Panaskan minyak dan sudukan bancuhan tepung,
  • Goreng cekodok hingga kekuningan.
  • Toskan dan sedia untuk di hidangkan..
Senangkan? Selamat mencuba!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...