Mar 23, 2012

kacang buncis greng

Ain Fajar | 9:05 AM | 0Comments |
Assalamualaikum.
sayur ni pun menu semalam yang saya padankan dengan ayam lada hitam...hari ni tak masak, coz terengganu cuti dan masing2 balik awal..untuk keluarga pun tak masak, sebab makan kat luar beli stok barang masakan..so post menu semalam je..
layan resepi je lah..malam semakin tua..lagi pun simple je sayur ni..tapi saje lah nak tempek kat sini..mana tau untuk rujukan anak2 kelak..untuk adik2 yang baru nak berjinak ke dapur tu leh la try resepi yang sangat2 senang ni..

kacang buncis goreng 

bahan-bahannya:
400 gm kacang buncis
1 batang lobak merah
1/2  cili besar.
2 ekor sotong / udang
1 ketul ayam potong dadu.
3 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
2 sb sos tiram
garam secukunya / secukup rasa meggie
sedikit air jika suka.

cara-caranya:
  • potong buncis dan lobak merah dan cili besar ketepikan.
  • hiris bawang merah dan putih, kemudian tumis hingga layu
  • masukkan ayam gaul rata..masukkan sos tiram dan garam secukupnaya.
  • masukkan sotong dan kacang buncis serta air..kacau sebati hingga kacang agak layu.
  • siap boleh dihidangkan.

senang je, main campak2 je..
selamat mencuba!!!
 
sedia untuk dihantar..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...