Mar 23, 2012

Ayam Black Paper

Ain Fajar | 8:34 AM | 0Comments |
Assalamualaikum..
n3 yang lewat sehari..semalam rase penyakit M menguasai diri pulak..so hari ada mood sikit baru leh update menu semalam..semalam menu sedikit simple, ayam lada hitam dan kecang buncis goreng..senang je nak buat ayam lada hitam hitam ni...
inilah kejadian ayam black paper saya..biasanya ayam balck paper ni tumis2 bawang letak lada hitam air dan kicap hitam dah siap...tapi saya lebih suka buat stale macam buat masak kicap..kiranya saya mix kan resepi..baru ada ummmph!!!.

  ok jom tengok resepi..dah malam ni tak nak celoteh panjang..

Ayam Black Paper.

Bahan-bahannya :

1/2 ekor ayam. (potong kecil)
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia.
2 biji cili besar merah
2 sb serbuk lada hitam
2 sb sos tiram
4 sb kicap manis
3 sb sos lada hitam.
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
air secukupnya
1 sb Tepung jagung + 1 cawan air

cara-caranya.

  • tumbuk bawang merah, bawang putih dan halia.
  • tumis bahan yang di tumbuk bersama kulit kayu manis dan bunga lawang.
  • masukkan serbuk lada hitam, sos tiram dan ayam kacau rata.
  • masukkan air masak sehingga ayam masak.
  • masukkan cili besar perasakan dengan garam.
  • masukkan air tepung jagung, tunggu kuah mengelegak. 
  • dah siap..
mudah je kan..
selamat mencuba!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...