Showing posts sorted by relevance for query sotong kunyit. Sort by date Show all posts
Showing posts sorted by relevance for query sotong kunyit. Sort by date Show all posts

Jan 17, 2012

Sotong Kunyit

Ain Fajar | 8:37 PM | 0Comments |
Assalamualaikum..
salam tengah hari...rase2 nak masak ape la agaknyer..no idea..nmpk sotong dlm frezer, tapi tinggal beberapa ekor je..urmm tak pelah cukup untuk makan 3 beranak..oleh kerana nak bagi c kakak n c adik yang makan saya buat sotong kunyit versi mak mertua saya..en.abg pun suka juga..sotong ni tak pedas tapi rasa sedikit rempah dan manis sotong...sedap juga laa..hehe saya tak berapa suka kunyit2 ni..so kureeeng sikit..nak masak tak leh ikut tekak sendiri, kena ikut tekak yang nak orang yang nak makan tu barulah seronok masak bila orang lain makan dengan selera...toi dok..

ok jomlah kita tengok resepinya senang jer..kejap je dah masak dalam 10 minit penyediaannya..

Bahan-bahannya : )
300gm sotong
1/4 sudu teh serbuk kunyit / kunyit hidup pun boleh
1/4 sudu teh jitan putih
1/4 sudu teh biji ketumbar
garam secukup
5 biji bawang kecil
1 ulas bawang putih


cara-caranya : )
  • tumbuk semua bahan kecuali sotong.
  • tumis bahan yang yang ditumbuk, tumis hingga sedikit garing.
  • masukkan sotong gaul sebati dan masak hingga sotong masak. (bila sotong dah sedikit tergulung dan merengkok maknaya sotong dah pun masak)

p/s : jangan masak sotong terlalu lama kerana ianya akan menyebabkan sotong itu liat..
ok itu jerr..
selamat mencuba !!

Jun 18, 2011

Sotong Goreng tepung

Ain Fajar | 6:29 AM | 2Comments |
Assalamualaikum.

Menu tengah hari ni, sotong goreng tepung..nak menggoreng sotong ni banyak toi dugaan dan cabarannya...nak tau ape cabarannya? Hahaaa apa lah lagi kalau bukan meletup2 sotong dalam kuali tu..ada pernah terjadi, satu dapur berhujankan minyak..saya mmg lari jauh2 la, bila dah garing baru datang balik..tapi tak bestla kalau mcm ni..dah penat masak sibuk pula nak mengemom lantai dan lap segala khazanah kat dapur...haaaa kali ni saya goreng sotong ni tak meletop2 pun.sopan santun je bunyinya...mesti ada rahsianya...nak tau tak? kalau tak nak tau tak per, saya tetap nak bagi tau juga...bukan selalu nak konsi tips dari pengalaman sendiri nih!!maklum lah saya budak baru belajar lain la kalau yg sifu2 tu...
ok, untuk menggoreng sotong haruslah di buang dahulu kulitnya, keran kulitnya itu yang menjadi punca letupan minyak berlaku...caye tak? tak cayer, cuber buat sendiri..
yang kedua, kena letak baking powder, supaya sotong tu molek je duduk dalam tepung yang mengembung..rasanya lebih rangup dan lembut gitu..
jom tengok resepinya pulak. 

Bahan-bahannya :
500 gm sotong
5 sudu tepung gandum
2 sudu tepung beras
1 st baking powder
Secubit garam
Sedikit serbuk kunyit jika suka.
Minyak 

Cara-caranya: )
  • Bansuh tepung seperti membuat cekodok.
  • Peram tepung selam 10 minit.
  • Gaulkan sotong dalam bancuhan tepung tadi.
  • Panaskan minyak, sudukan sotong satu persatu dan goreng hingga kuning keemasan..
Sebijik mcm yg kita makan kat kedai tu..
ce cube...ce cube...
selamat mencuba!!!!

Mar 16, 2012

Lemak Pucuk paku

Ain Fajar | 7:37 AM | 0Comments |
Assalamualaikum..
menu tengah hari tadi, saya buat masak pucuk paku lemak cili api..dah lama teringin nak rasa sayur pakis buat masak lemak..walaupun saya asal dari kampung tapi jarang2 makan..masak memang tak pernah la..kira ni 1st la saya masak sayur pakis..memang sedap dan menyelerakan..masa makan teringat masakan arwah mak buat dulu masa kecik2..en.abg pun kate sedap..boleh buat lagi..simple je nak buatnya..
ni la rupa sayur pakis yang dah jadi masak lemak cili api..saya tengok resepi dari koleksi resepi chef Hanieliza..senang, simple, cepat dan sedap..

jom kita follow resepi chef Haneiliza..saya buat sikit je untuk 2 orang makan.

Bahan-bahannya : )
1 ikat pucuk paku
1 cawan santan pekat
2 biji bawang merah
1 sb udang kering
10 biji cili padi
1 batang serai
1/2 inci kunyit hidup
garam secukupnya.

caranya :
asingkan daun dari tangkainya basuh dan toskan.
blend bawang, udang kering dan cili padi.
masukkan bahan blend dan serai dalam periuk dan masukkan pucuk paku.
tunggu hingga mendidih.
perasakan dengan garam.
masukkan santan pekat dan kacau selalu supaya santan tak pecah minyak.

siap!!!

makan sayur pakis dengan nasi putih dan sotong masak kunyit.
(gambar tang kuah2 agak gelap so kuahnya nampak hitam sepatutnya warna kuning)
leh tengok resepi di sini.

selamat mencuba!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...