Jan 17, 2012

Sotong Kunyit

Ain Fajar | 8:37 PM | 0Comments |
Assalamualaikum..
salam tengah hari...rase2 nak masak ape la agaknyer..no idea..nmpk sotong dlm frezer, tapi tinggal beberapa ekor je..urmm tak pelah cukup untuk makan 3 beranak..oleh kerana nak bagi c kakak n c adik yang makan saya buat sotong kunyit versi mak mertua saya..en.abg pun suka juga..sotong ni tak pedas tapi rasa sedikit rempah dan manis sotong...sedap juga laa..hehe saya tak berapa suka kunyit2 ni..so kureeeng sikit..nak masak tak leh ikut tekak sendiri, kena ikut tekak yang nak orang yang nak makan tu barulah seronok masak bila orang lain makan dengan selera...toi dok..

ok jomlah kita tengok resepinya senang jer..kejap je dah masak dalam 10 minit penyediaannya..

Bahan-bahannya : )
300gm sotong
1/4 sudu teh serbuk kunyit / kunyit hidup pun boleh
1/4 sudu teh jitan putih
1/4 sudu teh biji ketumbar
garam secukup
5 biji bawang kecil
1 ulas bawang putih


cara-caranya : )
  • tumbuk semua bahan kecuali sotong.
  • tumis bahan yang yang ditumbuk, tumis hingga sedikit garing.
  • masukkan sotong gaul sebati dan masak hingga sotong masak. (bila sotong dah sedikit tergulung dan merengkok maknaya sotong dah pun masak)

p/s : jangan masak sotong terlalu lama kerana ianya akan menyebabkan sotong itu liat..
ok itu jerr..
selamat mencuba !!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...