Selamat pagi..sarapan ape pagi nih...nampak gambar kat atas tu...ha tu la sarapan saya...nak menghabiskan stok pisang yang ada, dah terlalu ranum sampai warna bertukar kepeangan. nampak macam bukat lepat pisang sebab warnanya, sepatutnya lepat pisang ni warna putih pudar...
Resepi, saya minta dengan mak mertua, sebab saya tak pernah buat..sebelum ni tak bape suka nak makan so tak amik tau pun macam mn nak buat..tapi oleh kerana tak tau nak buat ape dengan pisang yang banyak dan masak serentak kenalah pelbagaikan kuih yang berasaskan pisang...saya main taruk2 je ikut sedap rase lidah sendiri..so saya tak ada sukatan yang tepat..sory la yer..
Bahan yang saya gunakan.
pisang yang masak dan di lecek
air santan
tepung gandum
gula.
sedikit garam
intinya pula :
kelapa parut
sedikit garam.
Cara-caranya
- campurkan semua bahan. buat mcam nak buat cekodok pisang.
- letak atas kulit pisang dan letak kelapa parut di tengah2nya dan gulung.
- kukus sampai masak.
selamat mencuba!!
No comments:
Post a Comment