Jan 11, 2012

Mable Choclate Banana Cake.

Ain Fajar | 5:41 AM | 1Comments |
Assalamualaikum..
salam 1 malaysia...hahaha mcm pembaca berita yang nak memulakan laporannya palak...dah lama tak mengekek..bukan ape, sepanjang dok kat kampung tak kesempatan nak buat kek ke, cookies ke, dan roti..so bila nak mula baling membaking ni kena ada mood yang baeeek punya..kalau tak mmg tak jadi..hari nie, setandan pisang yang masak ranum di dapur memanggil-manggil untuk di usahakan..sian pulak, jauh pisang ni belayar dari perak ke Trgn..xkan nak buang...so terhasillah kek pisang yang bercorak kuda belang...lagi pun en.abg suka sangat makan kek pisang yang moist2 ni...

tengok kek saya, ada mcm kuda belang kan...tak sangka pulak belangnya mcm tu..biasanya kalau saya buat besar2 belangannya, tapi tak pe lah..cantik juga hehehe...
pandangan dari atas pun nampak cantik jew belangannya...ape2 pun terima kasih pada k.Yatie coz sudi syer resepi yang sedap nih..nak ikotkan ni kali ke2 saya try resepi ni..yang 1ts dulu tak sempat nak posingkan kek, coz nak bawa g umah kawan..oleh kerana feed back yang positif, masing2 dok puji sedap so saya try buat lagi untuk en.abg yang suka makan kek pisang..k jom layan resepi..sesiape nk try leh copy paste tapi jgn lupa kasi tau sumbernya yer...

Bahan-bahannya : )
  • 250 gm pisang dilecek
  • 250 gm tepung kek
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 200 gm gula castor
  • 6 biji telur
  • 1 sudu besar ovellette
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • 50 gm fresh milk atau susu cair (saya tukar kepada santan)
  • 90 gm minyak
  • 1 sudu besar choc emulco
  • 1 sudu kecil esen pisang (saya tak letak)
 Cara- Cara
  1. Leser loyang berukuran 10 x 10 inc dgn butter dan alaskan tapaknyer dgn kertas minyak.
  2. Panaskan oven 170C.
  3. Lenyek atau kisar pisang dan esen pisang hingga halus. Ketepikan
  4. Satukan semua bahan dalam mixer kecuali: minyak, choc emulco, pisang, esen pisang dan pukul dgn kelajuan max hingga adunan pekat dan gebu.
  5. Masukkan pisang dan putar lagi dgn kelajuan perlahan hingga semuanyer sebati.
  6. Masukkan minyak dan gaul dgn spatula hingga adunan rata dan sebati.
  7. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
  8. 1 bahagian diletakkan choc emulco dan satu bahagian dibiarkan pada warna asal.
  9. Masukkan 5 sudu besar warna asal betul2 ditengah2 loyang.
  10. Kemudian tuang pula warna coco betul ditengah dan di atas warna putih sebanyak 5 sudu besar juga. Buat begini hingga 3/4 adunan kemudian buat pula dgn 4 sudu besar dan akhir sekali 1 sudu.
  11. Kemudian bakar pada suhu 170 C selama 1 jam atau sehingga masak.(oven saya masak kek ni 30minit je)..so ikut oven masing la yer..
 ok..hasilnya sedap, moist dan fresh..dan nak tau lagi rasanya mcm mn, buat sendiri hahaha..nak dtg cni bawa tapawer pun leh gak..fina tolong bagikan...amik la sorang satu..


selamat mencuba!!!

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...