Jan 9, 2012

Ikan salai masak lemak tempoyak.

Ain Fajar | 6:37 AM | 0Comments |
Assalamualaikum..
Menu untuk malam nie, ikan lemak tempoyak..biasanya kita gunakan ikan keli yang di bakar, pastu kita buat masak lemak cekor (seperti yg saya post sblm ni) dan ada juga buat lemak tempoyak..saya cuma menggunakan ikan merah..nak cari ikan keli agak susah juga kat sini dan masalah nak menyiang ikan keli bagi saya amatlah susah...senang je...jap je dah siap..jom layannnnn....


Bahan-bahannya: )

3 ekor ikan merah.
8 biji cili padi
2 biji bawang merah
1/4 inci halia
1/2 inci lengkuas (jika suka)
1 batang serai
1/2 inci kunyit hidup (saya guna 1/2 st serbuk kunyit)
1 cawan santan pekat
1 sb tempoyak

cara-caranya:
  • ikan di bersihkan dan lumur dengan garam..bakar atas api separuh masak.
  • blander bawang merah, halia, lengkuas, dan cili padi.
  • masukkan kedalam kuali tunggu hingga mendidih
  • masukkan ikan tunggu sebentar dan masukkan santan dan tempoyak.
  • tunggu hingga mendidih..jaga api supaya santan tak pecah.
  • siap dan sedia di hidangkan.

selamat mencuba!!!senang je kan..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...