Jun 18, 2011

Sotong Goreng tepung

Ain Fajar | 6:29 AM | 2Comments |
Assalamualaikum.

Menu tengah hari ni, sotong goreng tepung..nak menggoreng sotong ni banyak toi dugaan dan cabarannya...nak tau ape cabarannya? Hahaaa apa lah lagi kalau bukan meletup2 sotong dalam kuali tu..ada pernah terjadi, satu dapur berhujankan minyak..saya mmg lari jauh2 la, bila dah garing baru datang balik..tapi tak bestla kalau mcm ni..dah penat masak sibuk pula nak mengemom lantai dan lap segala khazanah kat dapur...haaaa kali ni saya goreng sotong ni tak meletop2 pun.sopan santun je bunyinya...mesti ada rahsianya...nak tau tak? kalau tak nak tau tak per, saya tetap nak bagi tau juga...bukan selalu nak konsi tips dari pengalaman sendiri nih!!maklum lah saya budak baru belajar lain la kalau yg sifu2 tu...
ok, untuk menggoreng sotong haruslah di buang dahulu kulitnya, keran kulitnya itu yang menjadi punca letupan minyak berlaku...caye tak? tak cayer, cuber buat sendiri..
yang kedua, kena letak baking powder, supaya sotong tu molek je duduk dalam tepung yang mengembung..rasanya lebih rangup dan lembut gitu..
jom tengok resepinya pulak. 

Bahan-bahannya :
500 gm sotong
5 sudu tepung gandum
2 sudu tepung beras
1 st baking powder
Secubit garam
Sedikit serbuk kunyit jika suka.
Minyak 

Cara-caranya: )
  • Bansuh tepung seperti membuat cekodok.
  • Peram tepung selam 10 minit.
  • Gaulkan sotong dalam bancuhan tepung tadi.
  • Panaskan minyak, sudukan sotong satu persatu dan goreng hingga kuning keemasan..
Sebijik mcm yg kita makan kat kedai tu..
ce cube...ce cube...
selamat mencuba!!!!

2 comments:

  1. salam. nak tanya air nak guna berapa banyak sebab kekadang buat terlalu cair dan terlalu pekat tak dpt nak agak huhu

    ReplyDelete
  2. Biasanya kandungan air ikut pd tepung.tu yg sy tak tetapkan sukatan air.mcm ni klu nk tau kepekatan tepung tu.bila sotong di celup tepung ianya elok je tersalut..@ bila kita angkat tepung tu dia boleh tebentuk bulat.cuba la dl.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...