Mar 5, 2011

Cara berlauk

Ain Fajar | 1:11 AM | 1Comments |
Assalamualaikum..
n3 ni sepatutnya saya post time pagi, tapi yelah sibuk uruskan ank2 dan rumah..pastu keluar cari barang2..pagi tadi saya buat kuih caara..biasanya kalau kat kampung saya dan selalu yang saya jumpa kuih cara ni letak gula sebagai intinya, tapi kat Trgn lain care persembahannya...saya rasa kuih ni asal dari sini kot, kat tempat lain saya belum penah jumpa lagi, tapi kalau kat area KL, n Selangor mesti dah ada org jual terutama masa bazzar ramadhan..kat area sane tu makanan dari negeri mana pun ada, malah dari negara luar pun dah ada..cakap je nak makan ape mesti ada jual..1st saya makan kuih cara berlauk ni pun kat sini masa buka puasa yang lepas..mmm mmg sedap..trs bercite2 nak buat sendiri.en.abg pun suka..akhirnya ari ni terlaksana lah cita2 saya untuk membuat kuih cara berlauk ni, tapi kan banyak bahan tak cukup, guna ape yg ada je tapi sty sedapp!!!
haaa inilah hasilnya..sebenarnya kuih ni warna kuning, tapi saya tak ada stok pewarna kuning so nmpk pucat je. tak pe next time buat lagi yg warne kuning..resepi asal saya amik dari dapur kak madiha..trimas kak yer..mmg sedap, tak rugi untuk try..izinkan saya copy dan syer di sini yer k.madiha..ok jom kita tengok resepinya .

sumber : kak madiha

CARA BERLAUK
Bahan2 Inti

1 cawan daging kisar (saya tukar guna ayam cincang)
1 labu bwg besar - potong dadu
1 ulas bwg putih - potong dadu
1 s/b rempah kurma (saya tukar pada rempah rendang)
1 s/k serbuk rempah sup (saya tak letak)
garam secukup rasa
perasa jika suka
1 cawan air
minyak utk menumis
1 s/b sos tiram (saya tambah sendiri)

Bahan Hiasan
2 biji cili merah - hiris nipis
1 tangkai daun bawang - hiris halus

Bahan2 Untuk Batter
2 cawan tepung gandum
3 cawan santan - dari sebiji kelapa (saya guna santan dalam kotak je)
1 biji telur
garam secukup rasa (saya letak 1 s/k )
pewarna kuning secukupnya (tak letak pun )

Bahan Tambahan
Minyak masak tuang dlm mangkuk kecil
2 helai daun pandan ~ dilipat & diikat kemas utk menyapu minyak pada acuan cara.

Cara Menyediakan Inti
  • Panaskan minyak.. tumis bawang besar & bwg putih hingga wangi. Masukkan rempah kurma & rempah sup & kacau rata.
  • Masukkan daging kisar, garam, perasa dan 1 cawan air. Biarkan mendidih dan kacau2 sehingga inti agak kering.


Cara Menyediakan Batter
  •  Campurkan semua bahan2 batter ke dalam bekas dan kacau rata menggunakan whisker.
  •  Bila dah sebati.. tapiskan batter dalam bekas yang lain.
  • Untuk memudahkan lagi, tuangkan adunan batter ke dalam jug plastik yang ada muncung supaya mudah kerja memasak kuih cara.
  • Panaskan acuan cara dengan api yg sederhana kecil. Lenserkan minyak menggunakan daun pandan yg diikat kemas tadi pada acuan.
  • Tuangkan adunan batter sehingga agak2 penuh ke dalam semua lubang acuan. Masukkan 1 sudu kecil inti daging ke dalam setiap lubang acuan yang dah dituang batter tadi.
  • Taburkan daun bawang dan juga hirisan cili. Tutup acuan dengan tudung periuk kecil yg sepadan dengan acuan cara dan biarkan beberapa minit. Bila nampak dah masak.. bolehlah angkat menggunakan sudu.


berbaloi kalau try, sedap, kakak dgn en.abg  makan laju je..boleh buat lagi next time..
ok selamat mencuba k!!!

1 comment:

  1. wahh sedapnya nampak cara berlauk tu. bagi yang x suka manis2 mmg sesuai je kuih cara ni jd pilihan kan..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...