Mar 3, 2011

Cekodok Ikan

Ain Fajar | 7:27 PM | 1Comments |
Assalamualaikum
salam pagi jumaat..selamat bersarapan..mmm sarapan ape yer korang? saya sarapan cucoq kodok je...bukan katak okeyyy..org jawa ckp kodok tu katak...mn lah tau ada org jawa yg bc mesti tekezut bila baca cucoq kodok so untuk ringkasannya kita sebut cekodok. takla ada yg salah faham kan hihihi..
akhirnya leh masukkan gambar jg, ni pun coz pinjam camre en.abg.kalau dia pegi kerja xleh la nak pinjam..selalunya saya buat cekodok letak ikan bilis tapi oleh kerana sayang sangat tengok ikan jaket lebihan malam tadi so saya pun letak dalam cekodok ni...mmmmm sedaaaap...kakak n fina pun suka makan cekodok nih..ok lah jom kita tengok resepinya..senang je rasanya ramai yang pandai buat cekodok ni kan? tapi tak pelah nak letak juga..leh wat rujukan kakak n fina kelak..

Bahan-bahannya : )
2 cawan tepung gandum
2 biji telur
1 sk garam
1/2 sk ajinomoto
2 biji bawang
sedikit daun sup
1 cawan air (++) boleh tambah jika adunan keras
1/2 ekor ikan jaket (boleh tukar dengan ikan bilis)

Cara-caranya :)
  • racik2kan ikan kecil2, hiris bawang merah dan daun sup
  • campurkan semua bahan kedalam mangkuk. 
  • bancuh tepung, jangan telalu pekat dan tidak terlalu cair.
  • setelah minyak panas jemput tepung kedalam kuali (semasa menjemput tepung kedalam kuali perlahan kan api supaya semua cekodok masak sekata.apabila dah selesai baru kuatkan api.
  • goreng cekodok hingga kekuningan. hati2 kerana cekodok akan meletop sedikit jika ianya sudah masak..
p/s : hati2 yer takut jari jemari yang cantik mulus kena minyak panas..jatuh plak saham terutama bg ank2 dara tu hehehe
ok selamat mencuba yer..

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...