Dec 23, 2010

Karipap Pusing

Ain Fajar | 4:19 PM | 2Comments |
Assalamualaikum

N3 kali ni nak kongsi resepi karipap pusing..saya suka sangat makan karipap pusing berbading karipap yg biasa mungkin dulu dah hari2 makan karipap so dah jemu..dulu arwah mak jual kuih kat kantin sek sejak saya sekolah rendah lg sampai la saya masuk UMS mmgla dah jemu..karipap pusing ni xpenah nak jumpa. arwah mak x tau buat..arwah mak suruh saya pegi kelas belajar wat karipap pusiang. katenyer dia dah x lama so suruh saya yg muda ni belajar..mmg sedih la bila teringat..dia x sempat pun nak rasa karipap yg saya belajar ni..tiap kali saya buat mst teringat xtau nak kongsi kegembiraan dgn siapa..so saya ingat nak syer kat dlm blog ni..

karipap ni kalau kita buat dan terus goreng lapisannya dan rasanya mmg mcm pestry, rangup !!selalunya saya buat inti sardin atau kari ayam + kentang. tapi kali ni saya letak inti isi ikan..maklumlah dah duduk trgn ni semuanya ikan..en.abg suka inti ikan..ok kita tengok resepi kulit karipap dulu.

Bahan-bahanya :)

bahan A:
120 gm tepung gandum
20 gm marjerin
1 tbsp gula
60 ml air sejuk

Bahan B:
90 gm tepung gandum
500gm lemak sayur
1 tbsp minyak jagung

Cara-caranya : )
Bahan A.
  • campurkan semua bahan dan masukkan air sikit demi sedikit hingga menjadi doh. rehatkan 15 minit.

Bahan B
  • campurkan semua bahan hingga menjadi doh dan rehatkan
  • canaikan kedua-dua doh setebal 2.5mm dan bentukkan petak
  • lapiskan kedua doh secara bersilang dan lipat 4 dan rehatkan.
  • canaikan doh nipis, sapu air dan gulung. rehatkan doh selama 1 jam
  • potong doh dan canai dan sedia untuk membuat karipap.
nota: cara membuat doh karipap pusing agak rumit, ianya sama seerti membuat homemate pastry.
jika ada kesempatan saya akan buat tutorial membuat kulit karipap pusing dan kulit pastry..

 
ini lah rupa inti ikan. saya buat kering..sebenarnya saya belum lagi berguru dengan sesiapa, try2 jer..bila en.abg kate ok berani lah saya kongsi di sini..

Bahan- bahannya : )
4 ekor ikan kembung rebus
1 batang serai
2 biji bawwang merah
2 ukas bawang putih
1 inci halia
garam
gula


Cara-caranya :)
  • rebus ikan kembung besama asam keping dan 2 stp garam.
  • keluarkan isi ikan dan tumbuk lumat
  • kisar halus bahan lain.
  • tumiskan bahan2 kisar hinga garing, masukkan isi ikan yg telah di tumbuk.
  • perasakan degan garam, gula dan ajinomoto mengikut kesesuaian.
  • kacau hingga isi ikan benar2 garing.
ok selamat mencuba. sesuai untuk sarapan dan minum petang.

2 comments:

  1. nampak cam sedap.. ko pos kat aku bley?? hehehhee...

    ReplyDelete
  2. hihihi sampai kl hancur berkecai..klu jd jiran leh bagi, xyah minta mst dah sampai kat umah ko

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...