Jun 4, 2014

Hari sejarah Adik

Ain Fajar | 6:18 AM | 0Comments |
Assalamualaikum

Tanggal 31/5/2014, merupakan hari sejarah buat adik lelaki saya kerana pada tarikh itu dia sah bergelar suami orang dan status serta tangungjawabnya pun berrubah..alhamdulillah segalanya di permudahan....majlis akad nikah dilaksakan di masjid Bagan pasir batu 20, bagan datok..dan majlis resepsi mereka dilakukan di rumah pengantin perempuan sahaja pada 1/6/2014..belah pihak lelaki kami tidak membuat kenduri besar..sebaliknya kami hanya mengadakan kenduri kesyukuran iaitu walimatulurus, kenduri arwah mak saya dan kenduri akikah anak kami Aisyah sumaiyyah. ok layan gambar je lah kan..


semasa khutbah nikah, sebelum akad nikah.

 masa ni baca perjanjian berumah tangga.

pengantin perempuan sebelum akad nikah berlangsung


 alhamdulillah, sahirah kini bergelar isteri kepada adik lelaki saya merangkap adik ipar saya..sedeeyyy kan sebab sangat terharu dan gembira.

majlis di teruskan dengan pembatalan air sembahyang


 keesokan harinya, kami semua menghantar rombongan pengantin lelaki..ramai juga dari pihak kami..antaranya, adik beradik kami, sepupu2 dan rakan taulan mak dan bapak kami  merangkap wakil orang kampung kami.


sebelum pengantin di arak dengan paluan kompang, sempatla kami bergambar dulu..





aisyah sumaiyyah berbaju kembang..kepala tak de bunga..tak sempat nak cari





ambik berkat semoga cepat bby..hehe

macam biasa setiap majlis bersejarah semestinya saya akan sponser ape2 yang patut..semua yang saya sponser khas untuk adik dan adik ipar saya.

candy table yang dikendalikan oleh kawan saya.
dan semua desert yang tersedia saya yang buat.
alhamdulillah semuanya habis di makan sekejap je dah licin..seronok tengok.

deretan cup cake dan buku autograph 

coklat hantaran masjid..pertama kali buat tak kemas dan tak cantik..orang yang menggambil gambar ni pun tak pandai..mana yan ade jer..


pulut kuning hiasan..dah lama teringin nak buat pulut kuning nie..jadi di kesempatan nie saya cuba membuatnya dibantu oleh ibu tiri saya..


kek hantaran 2tingkat..yang bawah red velvet yang disaluti cream cheese frosting dan yang atas chocolate moist cake yang disaluti ganesh coklat..dan says hiasi dengan steambuttercream.

kek kawin untuk potong di hari persandingan.
kedua2 kek chocolate moist yang disaluti ganesh coklat..dan dihiasi dengan steambuttercream


sesekali cuba buat bunga selain bunga ros..

gambar kek secara keseluruhannya.


teringin juga bergambar dengan kek sendiri hehehe..


seorang adik sudah pun bergelar suami orang..tinggal 2 orang lagi adik yang masih bujang...masa sedetik lafaz sah diucahkan oleh saksi, hati ini terasa sayu plak..kenapa la agaknyee ye..mungkin naluri seorang ibu tercalit di hati saya..sebab selepas mak meninggal kami seolah2 kehilangan kasih sayang dan tempat kami mengadu dan bermanja serta bermesra berukar cerita..pada saya mereka bercerita..mungkin sekiranya mak masih ada mungkin dia rasa apa yang saya rasa ketika itu..hati gembira bercampur sedih.

semoga adikku berbahgia hiingga ke jannah.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...