May 14, 2011

Nasi Lemak

Ain Fajar | 1:07 AM | 0Comments |
Assalamualaikum.
n3 nie sepatutnya update semalam, tapi ntah kenapa tak boleh nak buka dapur alam maya ni, terkunci dari dalam kot..alhamdulillah hari dapat buka dan bolehlah update.

Hari ni sarapan nasi lemak serai, hari tu ada naz buat nasi lemak serai, hari baru cuba. Kebetulan mmg dah niat semalam nak buat nasi lemak, bila nak buat halia tak ada pulak, terus teringat naz ada buat nasi lemak letak serai so terus je pegi belakang rumah amik serai. Terhasillah nasi lemak serai.

Saya makan nasi lemak serai ni dengan sambal ikan bilis dan ayam goreng segera. Oklah tak perlu celoteh panjang jom kita intai2 resepinya..sama je dengan resepi nasi lemak biasa2 Cuma letak serai je..saya kongsi juga resepi yg saya guna manalah tau ada yg baru nak belajo masak tu kan..

Bahan-bahannya: )
2 cawan beras
4cawan air santan
2sk garam
1 helai daun pandan
1 batang serai

Cara-caranya : )
  • Basuh beras bersih. Masukkan semua bahan.masak nasi mcm biasa, sesekali kacau supaya rata.
  • Bahan-bahan untuk sambal ikan bilis.
bahan untuk sambal ikan bilis
10 tangkai cili kering *
3 biji bawang merah *
2 ulas baang putih *
½ inci halia *
2 sudu sos tiram
Minyak untuk menumis
Gula dan garam
1 mangkuk ikan bilis
1 keping asam 

Cara-caranya : )
  • Blender semua bahan yang bertanda *. Tumis bahan yang telah di kisar hingga pecah minyak.
  • Masukkan ikan bilis, asam keping, gula, garam dan asam keping. Tunggu hingga ikan bilis lembut.
  • Sedia untuk di hidangkan bersama nasi lemak.
selamat mencuba!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...