May 14, 2011

Roti jhon

Ain Fajar | 5:15 AM | 0Comments |
Assalamualaikum.
Menu malam tadi roti jhon je. Nak diet..hehehe alasan malas nak masak...dah lama nak buat roti jhon, baru tertunai hajat saya ni..en.abg makan sebiji tak cukup dan dia kata sedaaappp!. Boleh la buat masa puasa nnt..tak perlu pegi ke bazar lagi..
Bahan-bahannya : )
6 biji roti panjang
5 biji telur
1 pokok daun sup
100gm ayam hancur
3 sb sos lada hitam
1 sk lada hitam
1 sk garam
1 labu bawang besar
Sedikit pelanta

Cara-caranya : )
  • Masak ayam hancur bersama sos lada hitam hingga masak.
  • Campurkan semua bahan lain dan kacau sebati. Masukkan juga isi ayam hancur bersama.
  • Sapu planta kedalam roti yg telah dibelah di tengah2nya.
  •  Panaskan kuali guna api yg perlahan sahaja, masukkan bancuhan telur sedikit,(buat mcm kita masak telur dadar) tunggu hingga telur kering telangkupkan roti keatas telur.
  • Apabila angkat boleh tambah sayur seperti kobis, timun dan lobak merah. Juga letak mayonis dan sos mengikut citarasa masing2.
  • Siap boleh di nikmati.
Selamat mencuba!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...