salam hari khamis..bila hari khamis ni kalau boleh nak puasa sunat tiap2 minggu mcm masa study dulu..masa study dulu sng je nak puasa walau pun banyak kerja dan cuaca yg panas terik (lagi pun nak jimat kos hehehe)..tapi sekarang ni sejak ada anak2 mmmm!!!mmg susah toi, kadang tu niat je tapi bila siang lupa..haaa hari ni alhamdulillah berjaya saya berpuasa dengan penuh bertenaga..puasa ganti sebenarnya sambil tu niat la untuk puasa sunat..2 3 tahun lepas dapat puasa penuh sebab mengandungkan kakak dan adik..lepas ni ssh lah nak dapat penuh.lambat lagi nak tambah rakyat jelata..hik!!dengan tenaga yg ada saya buat kuih onde keledek untuk berbuka puasa..
kuih nie, sebenanrnya ilham dari arwah ibu saya masa dia berniaga kat kantin sekolah dulu. kuih ni saya rasa dari gabungan kuih buah melaka atau onde2 dan kuih ketayap,(berdasarkan bahan yg di gunakan). Tepungnya dan cara memasaknya sama dengan kuih buah melaka cuma di tambah keledek puple tetapi intinya sama dengan inti kuih ketayap. my mom kate dia terfikir nak buat kuih ni dari kes ada budak yg tercekik kuih buah melaka dan dalam masa yang sama ramai guru2 komplen yg inti kuih buah melaka ni bila di gigit akam memancut keluar dan mengotorkan pakaian org yg memakannya. so dari situ my mom terfikir nak buat kuih yg tak kenyal (yg mana budak2 tak akan telan bulat2 kuih2) dan intinya tak cair serta tidak akan mengotorkan pakaian sesiapa pun. mmm!! so terhasillah kuih ni..my mom panggil kuih biru, tapi mcm tak best la plak..saya pun pandai2 la letak nama kuih onde keledek purple..
Gambar kat atas ni adalah bahagian dalamnya..pertama kali saya makan kuih ni terus jatuh hati dan jadi kegemaran saya lagi pulak warna purple tu yg sangat saya suka..mmmm i like purple color.. satu lagi yg saya suka warnanya adalah warne asli dari warna keledek tu, mmg tak letak pewarna pun..ok jomlah kita tengok resepi dan cara membuatnya..
Bahannya : )
1 biji keledek purple
2 cawan tepung pulut
1 sudu tepung gandum
1/2 cawan air
kelapa parut
sedikit garam
Bahan inti : )
1 cawan kelapa parut
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan air
Cara membuat inti :)
- masukkan semua bahan dalam periuk, masak atas api hingga gula cair.
- gaul hingga sedikit kering dan pastikan inti lembab. sejukkan.
Cara-carnya :
- kupas kulit keledek dan rebus hingga lembut. angkat dan toskan. kemusian tumbuk hingga lumat.
- campurkan semua bahan, gaul hingga menjadi doh.
- ambil sedikit dan bulat2kan, kemudiian masukkan inti.
- rebus dalam air yg menggelegak. apabila kuih timbul maknanya kuih tersebut sudah masak.
- angkat dan toskan. kemudian golek-golekkan dalam kelapa parut yg telah di campurkan garam.
sedaaaap! berbalao kalau mencuba pasti tak rugi..pandangan saya rasanya agak unik..
selamat mencuba!!!
No comments:
Post a Comment