May 14, 2011

Ketayap

Ain Fajar | 5:45 AM | 2Comments |
Assalamualaikum.....

Kali pertama saya buat kuih ketayap ni..sebenarnya saya tak berapa suka makan kuih ni, tapi nak habiskan inti kuih onde keledek hari tu..buat jugalah ketayap ni paling tidak saya pernah cuba buat kuih nie, disamping itu boleh asah bakat try pelbagai jenis kuih muih...kuih tradisi ni mmg tak pernah saya buat, saya lebih suka kuih muih yang masin dan pedas.

Saya rujuk resepi dari koleksi buku Chef Hanieliza. Dan cara membuatnya saya ikut stale arwah mak saya. Saya pernah tengok my mom buat kuih ni tapi tak pernah nak amik tau pun resepinya..sekarang dah tau resepi dan cara membuatnya..
Ok jom kita intai2 resepi yg chef hanieliza guna untuk membuat kuih ketayap..

Bahan-bahannya : )
2 cawan tepung gandum
½ cawan santan pekat
2 cawan air pandan (blend + 7 helai daun pandan)
1 sk garam
Pewarna hijau jika suka (saya tak guna, warna asli dr daun pandan)
Cara-caranya : )
  • Satukan semua bahan2 dan gaul rata
  • Tapis adunan supaya tidak ada tepung yg bergentel
  • Panaskan kuali dan sapu sedikit marjerin.
  • Masukkan 2 senduk adunan tepung dan ratakan dengan belakang senduk supaya mendapat kulit ketayap yg nipis.
  • Apabila sudah kering boleh diangkat.
  • Letak inti kelapa dan gulung seperti menggulung popia.
Bahan-bahan inti : )
1 cawan kelapa parut
½ cawan gula merah
¼ gula pasir
½ cawan air.
Caranya : )

  • Masukkan semua bahan dalam kuali kacau rata
  • Kacau hingga gula hancur dan inti sedikit lembab.
  • Sedia digunakan
Selamat mencuba!!!

2 comments:

  1. berapa jam ek kalau nk buat kuih nih? sampai setengah jam x?

    ReplyDelete
  2. nak buat kuih ketayap tak makan ms yg lama..anggaran dlm 10minit je..klu br blj nk buat myb dlm 1/2 jam je...ape kte try dl..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...