Jan 29, 2011

Asam Pedas Tempoyak

Ain Fajar | 3:35 PM | 2Comments |
Assalamualaikum...

menu malam ni asam pedas tempoyak..semalam en.abg ada beli tempoyak tapi rasanya dah masam sangat nak buat sambal tempoyak mmg tak berapa suke, tengok dlm freeze ada 2 potong ikan.iakn ape saya tak tauu..saya ni mmg tak kenal jenis ikan, main beli je pas tu bila sukan beli dan beli lagi, tak ambik tau pun apa namanya...ish!!ish!! budak sekaraaang...

 Bahan-bahannya ; )
2 keping ikan ( ikan ape2 pun boleh)
100 gm kacang bendi
1 kuntum bunga kantan
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
4 sb ciliboh (cili kerin pun ok)
sedikit air asam
1 inci belacan
1/4 inci halia
2 s/b tempoyak
gula dan garam secukupnya.

Cara-caranya : )
  • kisar bawang merah, bawang putih, halia dan belacan.
  • tumis bahan2 yg telah di kisar, masukkan cili boh, masak hingga naik minyak
  • masukkan sedikit air asam (jgn terlalu pekat) masukkan ikan dan kacang bendi tunggu ke duanya masak
  • masukkan gula dan garam mengikut citarasa sendiri
  • masukkan bunga kanatan dan tempoyak..jika suka rasa tempoyak, boleh tambah lg
memang sedap..selamat mencuba!!!




2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...